“Jangan pernah berikan kesempatan pada orang untuk memasang impian padamu dan jangan sesekali kau biarkan jiwa itu membeli impian itu dengan penuh yakin."
Jika ditanya apakah penyesalan terbesar yang pernah dilakukan sepanjang hidup, Hippocampus yang tersusun segala memori secara index ligat mencari file yang diinginkan. Penyesalan, itu satu perkataan yang besar dan sering kali dikategorikan di dalam grey area. Adakah penyesalan harus mempunyai esensi sedih/kecewa/amuk?
Terlalu banyak penyesalan yang boleh di-recall dan kesemuanya mengambil masa untuk kau process dan sedar bahawa ianya adalah satu penyesalan. Ntah mungkin sebulan-dua atau bertahun untuk kau sedar yang ianya satu penyesalan yang kau sedar either merugikan diri atau penyesalan yang tidak boleh ditebus.
Untuk akhir-akhir ini, aku merasakan satu penyesalan yang terbesar sekali - kesal kerana menghabiskan waktu membiarkan perasaan sedih take control of my body secara berpanjangan sehingga menidakkan diri untuk pandang ke depan. Menghabiskan waktu merosakkan diri secara fizikal dan mental, menghukum diri sehingga merasakan cahaya matahari itu tidak harus lewat menembusi kaca. Seakan berkabung pada kehilangan yang tidak terjadi. Itu satu penyesalan yang sangat bodoh.
Kerana di hujung ceritanya, orang yang kau rasakan berada pada kondisi yang sama, tidak merasakan seperti apa yang kau rasa. Sedang kau menangis meratapi nasib, dia terus menyelusuri jalan cerita dan merayakan cinta barunya. Orang yang kau fikirkan satu hari nanti akan tersedar dari silapnya, dengan cepat berubah rasa dan rumah. Rupanya segala "pengorbanan" itu sia-sia dan bodoh - memakan diri sendiri.
Bayangkan jika waktu itu kau gunakan dengan perbaiki diri, capai segala yang kau mahukan, merayakan orang disekeliling mu, pasti tak tersiakan waktu itu. Dan kini, kau baru tersedar dari masa lalu. Si bodoh yang masih berdiri kaku di garis masa lalu, sedangkan dia sudah bergerak pantas mengikut detak waktu.
"Berhenti menjadi manusia bodoh"
Walau cuma setahun, ianya tetap masa yang telah kau sia-siakan. Ku kira kau sudah lebih berani dan matang. Rupanya sepasang mata naif itu begitu mudah untuk dilembutkan dengan pandangan yang redup, dan hati itu mudah sekali dibeli dengan angan-angan.
Perasaan 'menyesal' itu terbit serentak apabila dia sudah mengikat mati rumah barunya. Bukan lagi di fasa memacak tiang seri atau menyusun bata. Dan ketika itu lah, realiti menghancurkan impian bodohmu.
Tidak mengapalah, kita harus tetap bergerak kedepan ya? Dan sekali lagi ditegaskan, jangan pernah berikan kesempatan pada orang untuk memasang impian padamu. Kamu itu punya harga diri, dan yakin lah pada harga itu. Jangan sesekali kau biarkan jiwa itu dengan yakin dibeli dengan impian yang tidak akan terjadi.