Saturday, December 26, 2009

dunia kejam

ada ketika lidah salah bicara
yang disebutkan tidak diperlukan
kata2 umpama najis itu mereka agungkan
kerana jahilnya mereka pada pangkat dunia

ada ketika fikiran tersalah tafsir
idea songsang dikatakan bombastik
kerana akal mereka dikatakan pendek

ada ketika hati tersalah simpan
dendam sekacil kuman dicanangnya sebesar gajah
tapi manusia hanya diam membisu
tapi di hati hari ini hari kamu.

dunia penuh sandiwara
drama berjela
sketsa yang hiba
pangkat dan harta dia mahukan
itu medium aku pertaruhkan jiwa

budak kecil itu bangkang dunia
dipersoalkan tentang kejujuran
dimana erti manusia sebenar
mana hilang maruah diri

saat itu manusia gelak ketawa
hei! itu budak kolot!
apa kamu bicarakan budak hingusan!
ini baru erti dunia!

dia terkedu
terdiam dan terkaku
apakah aku yang salah
hatinya seluhur pasir di pantai
fikirannya sesuci awan di langit
madahnya benar tiada celanya

mereka di sana yang durjana
hati kelam!
hitam!
tiada seperuang pun untuk diisi warna putih

kini aku sedar
inilah sebenar-benarnya perihal dunia
mengapa aku bersungguh untuk datang ke sini
aku ketepikan soal peribadi hanya untuk ke tempat yang ku anggap indah
benar! dunia kejam!

maha besar
berikan aku semula kehidupan yang baru
berikan aku makna sebenar dunia
kalau itu sungguh berat padaMu
bawalah saja aku di tempatMu

No comments: