Saturday, September 3, 2011

Dia Maha Mengetahui

'nanti dah besar nak jadi apa?'
'nak jadi doktor'

'habis SPM nanti nak sambung apa?'
'medic, insyaallah'

itu hanyalah angan-angan kosong yang mana mungkin boleh capai.
dulu-kala benda begini nampak mudah sahaja.
tak perlu fikir bagai untuk masa depan. sebab sudah tentu apa yang diimpikan akan terjadi.

seperti mimpikan putera raja datang selamatkan.
pernah terjadi kah?
*senyum

'yang mana satu sambung medic tu?'
'siapa?'
'bukan aisyah ke?'
'saya?'

*terpana juga buat seketika.

walaupun soalan dia cukup mudah.tiba-tiba diri jadi kaku terus imbas kembali masa dulu bila aku beriya mahu jadi seorang doktor.
tugas mulia,bukan?

aku senyum dan jawab:
'oh, tak.seorang pensyarah insyaallah bukan doktor'

satu soalan yang membuatkan aku terfikir masa depan.
mahu jadi apa ni?
kalau ikutkan laluan yang sudah dirancang dahulu, memang sudah terpesong jauh.
perlu difikirkan semula laluan baru.
mana mungkin jadi seorang pensyarah,di hujung minggu berubah kepada seorang doktor.
mana mungkin (:

berkejar-kejar merebut gelaran "doktor" di pangkal nama.
sebab gelaran itu dirasakan amat hebat.
tapi untuk apa? disanjung?
nama saja doktor tapi pesakitnya tidak diendahkan untuk apa?
nama sahaja seornag pemimpin tapi negaranya kucar-kacir untuk apa?
seorang polis yang gah, tapi kalau anak-anaknya makan duit rasuah untuk apa?
seorang pendidik yang dikatakan tugas mulia tapi makan gaji buta untuk apa?

Dia yang merancang hidup kita,kita hanya menduga apa yang bakal terjadi.

mungkin ini keputusan yang terbaik dalam hidup.
mungkin sudah termaktub dalam qada dan qadar ini jalan yang harus diambil.
usah pertikaikan lagi.

insyaallah saya bakal jadi seorang pensyarah yang betul atas landasannya bukan sahaja elok dari luaran tapi segi agamanya juga.semua ini dengan izin Allah :)