Monday, June 14, 2010

pekikan gitar

petikan gitar dialun lembut
melodi seakan menari diatas angin
membicarakan hati seorang pemuisi

kemerduan melodi menyatukan ati
membentuk satu ekspresi yang sukar untuk ditafsir
wajah tenang ditempa deruan angin
tika itu otak berhenti berpusing
bersama dengan melodi yang datang dari jiwa

gadis ini ingin berbicara
tentang sesuatu yang terbuku di jiwanya
gadis ini cuba untuk berdiri dengan utuh
di hadapan mata-mata yang buta
alunan suaranya disusun indah
ekspresi muka seakan enigma

gadis ini bicara tentang cinta
cinta yang masih belum dapat difahami
hatinya kasar merembeskan perasaan
lidahnya ligat meludahkan kata2
pekikan suaranya menggetarkan kalbu

usah dicari cinta!
biar ia datang sendiri!
tapi sampai bila mahu ditunggu
menunggu sesuatu yang belum mampu dicapai
semua ini mainan dunia
cinta bukan hanya berlandaskan 'aku syg kamu'
cinta itu subjektif

cinta terhadap bapa
walaupun dia tidak mencintai kamu sebagai anak
cinta terhadap sahabat
walaupun kamu hanya boneka seb\rbaguna mereka
cinta terhadap diri
walaupun kamu sendiri takut kpd bayang2 sendiri

hela nafas sedalam2nya
biarkan melodi gitar terus bersuara
pejamkan mata
kakukan lidah
jangan terus bersuara
biar saja gitar terus dipetik
petikan suara 'gadis si pemuisi'

No comments: