Tuesday, April 26, 2011

kalau

ptg tadi tengah iron baju dalam bilik
tiba-tiba mak ketuk pintu.
*bukak headphone dan berhenti iron
'kenapa mak?'
*datang sambil membawa laptop.
'cuba baca post ni?'
'ermm,kenapa?'
'tak ada apa'
*tutup pintu dan sambung iron baju


sebenarnya saya faham maksud mak saya tu. dia nak cuba cakap
kalau la facebook ni tak wujud
kenapa?
sebab orang sekarang salah guna social networks.
facebook yang sepatutnya jadi tempat untuk kita cari kawan
jadi tempat maki hamun
blog yang sepatutnya jadi tempat untuk menulis cerita dahulu kala jadi tempat
untuk sindir menyindir
kadang-kadang disebabkan perkara ini la kawan pecah belah
sampaikan keluarga sendiri.
agak lucu bukan FB boleh buat orang pecah belah
dia bukan hidup pun.

senang cerita,sebelum membuat keputusan untuk tulis di wall FB fikir dulu
akibat orang lain yang membaca.
manusia ada hati dan perasaan bukan.
kadang-kadang si dia tujukan pada si A tapi si B pula terasa.
jangan salahkan si B, facebook tempat umum bukan.
kalau mahu tujukan pada si A tulis saja nama,senang bukan
'serena,kenapa kau busuk hati sangat'

orang gunakan blog untuk cerita perihal hidup,atau kongsi ilmu,atau
senang lagi personal life.
tapi ada juga yang jadikannya tempat sindir menyindir.
cuba kalau kau baca blog seseorang dan dia menulis sesuatu yang membuat kau terasa.
bukankah sudah salah namanya?
tidak perlu saya nyatakan contoh,fikir sendiri ya.
yang paling hebat mereka yang menggelar diri mereka anonymous.
komen sebusuk-busuk hati di tempat orang suka-suka.
merasakan mereka yang terhebat si penerima yang bodoh.
apa yang kau dapat.
dendam terbalas atau berjaya memalukan si penerima di khalayak ramai.
*senyum sinis

dalam post nicnames,ada seorang anon komen se das! dia bagi.
dengan keberanian yang ada saya publish saja.
selama ini komen dia tidak dipedulikan.
mereka yang membaca mesti fikir saya begitu teruk kerana membalas
komennya begitu hebat.
tidak apa,asalkan terbalas segala perbuatan dia :)

buat apa ini semua.
bukan senang untuk kita mengubah mentaliti masyarakat melayu.
jangan kata kita,diri sendiri pun susah.
kalau sudah persepsinya begini,maka begini la sampai ke sudah.
bak kata cikgu saya mentaliti kelas ke-3.
tidak perlu dolak-dalih lagi.
memang kita begini.

negara maju bagai pun kalau fikiran masih di tampuk yang lama tiada guna juga.
bukan?

*senyum

saya tahu diri tidak selayak mana untuk berkata mengenai isu sebegini dan bukan jugak berpolitik.hanya cuba membangkitkan isu yang dirasakan perlu diubah.
cukup-cukuplah semua itu.

opah saya selalu pesan
'jangan diingatkan perkara buruk,ingatkan apa benda baik yang dia pernah buat.tak akan timbul lagi rasa dengki dan dendam'
:)

3 comments:

adzeem mahadzir said...

LIKE !

rasa awkward plak entri kali nih dalam BM. ahha :p

adzeem mahadzir said...
This comment has been removed by the author.
aisyah said...

adzeem,saya tak mahir berbahasa asing.

terima kasih :)