Tuesday, August 2, 2011

yang mana satu?

gadis A digelar klon hana tajima
pemakaian dia memang stail
dari selendang berwarna-warni hingga ke kasut tumit tinggi 4inch.
berjalan sikit saja ke kelas shades sebesar tangan mesti ada atas kepala.
sampai kelas bukan buku yang dikeluarkan tapi lotion dulu,jaga kulit.

setiap hujung minggu waktu keramat untuk dia.
keluar bersama kawan-kawan dan membeli-belah.
pantang nampak baju baru di MNG cepat je sambar.
yela,mahu jadi orang pertama di campus pakai sedemikian.

waktu malam orang lain buat assignment dia habiskan dengan menghadap laptop mencuba stail pemakaian tudung baru.
semalam ada orang pakai sama seperti dia.
tak ada class!
mesti kene ubah cara lain.


lain pula bagi si gadis B
bagi dia memakai baju kurung serta tudung yang terlipat kemas lagi selesa.
tambah-tambah lagi dipadankan dengan kasut bertutup ayu.
lelaki mana yang tidak cair bila terpandang wajahnya yang dihiasi senyuman manis.
selangkah sahaja ke kelas, sudah ramai yang jatuh hati.
tidak perlu lotion semua,air sembahyang tadi sudah memadai.

hujung minggu baginya waktu yang paling santai untuk mensucikan diri.
masjid itu destinasinya.
membaca al-quran dan melakukan solat hajat.
lebih manis jika menghabiskan waktu dengan membaca al-mathurat.

di malam hari dia menghabiskan masa dengan memperbetulkan tajwid dan cara bacaan.
baginya itu perkara penting yang perlu dilakukan sebelum tidur.
bagaimana tidak lelaki-lelaki termimipikannya
jika sedemikian rupa sifatnya.

si gadis A atau si gadis B pilihanmu?