Saturday, October 1, 2011

separuh benar

mereka kata aku gila.
perempuan jomblo yang gila.
kerana hari-hari aku berkata-kata depan cermin.
celah mana gila nya aku?

kalau dulu aku ada dia yang selalu saja dengar apa aku katakan.
tapi makin lama makin jauh berlari.
tidak pernah dia toleh ke belakang melihat aku yang tersungkur di tengah perjalanan.
beralih ke kertas kosong,makin gila aku.
habis tulis begitu saja menghilang sepi.
makan dek embun pagi.
kini aku ada kau,si cermin.
bila dipandang aku nampak aku yg separuh.
sebalik visual itu ada realitinya.

siapa sebalik cermin itu?

oh,itu aku melihat separuh diri yang benar.
aku bukan perempuan jomblo yang gila.