Tuesday, April 3, 2012

saat hati itu hiba

perasaan campur baur itu susah nak diterangkan.
rasa itu seperti ditelan hidup-hidup
juga rasanya bila dikhianati kawan sendiri
kelatnya seperti tidak dipercayai orang terdekat.
itu rasanya bila perasaan bercampur baur.

perasaan itu abstrak,sukar untuk difahami oleh 
kata-kata

dalam hidup ada naik-turun,itu aku percaya
tapi bila hidup selalu menurun,bila masa mahu menaik?
Dia rancang semua (:
itu aku pegang

kalau boleh aku nak semua benda dalam satu masa
bukan tamak haloba bukan juga mahu menewaskan mereka yang lain cuma akuu sudah penat hidup ditampung orang lain
faham-faham la bila asyik minta tolong orang tu daripada ikhlas terus berubah
manusia memang sebegitu.
kadang-kadang kita tak sedar yang kata-kata tu boleh menyakitkan 
biarlah itu mulut kita *typical people

apa rasanya bila kau beriya bercerita dengan semangatnya kemudian
masih,nama itu juga yang dikaitkan
nama itu juga yang diperkatakan
seolah-olah kita hanya tunggul berdiri disitu
sama juga seperti lembu punya susu,sapi dapat nama
pekerja bahawan punya idea,pekerja atasan dapat bonus
inilah hidup (:

saat nama dia sering disebut-sebut
saat itu hati ini hiba