Saturday, June 23, 2012

manusia berubah kerana Allah

assalamualaikum blogger.
kali ni lebih manis kalau post ini sepenuhnya bahasa melayu.

dah lama tak bukak facebook. biasalah, kalau bukak notifications tu berderet jual barang,MLM, game request dan sebagainya. jadi rasa nak bukak facebook tu dah malas.
sampai hari ni pukul 11.05pm saja bukak sebab ada orang pm.
scroll previous entry terpandang satu gambar.
kawan lama di ipoh
kenal, sebab muka tak banyak beza.
*tapi yang hujung tu siapa? 
muka dah berkerut nak mengimbas kembali kawan lama yang terpisah.

astagfirullah!
betapa terkejutnya itu shuhaida!
ya allah! manis betul bertudung labuh serta berstokin. sangat manis.
terkelu sekejap, fikiran ligat mengimbau kembali zaman muda-muda dulu di bainun. bila sekolah asrama semua tingkah-laku,sifat seseorang tu kita boleh ingat.
tak manis kalau diceritakan kisah lama, tapi sungguh saya terkejut dengan perubahan shu secara mendadak.

sekarang, shu lebih suka guna pangkal nama dia "aida" manis bukan?
saya follow dia di twitter cuma tweethandle dia aida haruddin dan gambar cartoon macam tak berapa nak ingat sangat.
*banyak makan semut -.-

hati rasa sebak, mengalir jugak air mata saat kawan kita boleh berubah sedemikian rupa kearah yang bagus kenapa saya tidak?

'ya allah, tunjukkanlah saya jalan yang benar, jalan yang Engkau redhai. jadikan aku dikalangan muslimah yang terpuji baik akhlaknya mahupun penampilannya.'

lahir sebagai seorang muslimah atas nama binti dan bin sahajakah?
cukupkah sekadar membawa pengenalan itu sebagai umat-mu?
mana hilang hijab di kepala?
mana hilangnya rukun iman?
mana hilangnya solat tiang agama?
mana hilangnya peribadi seindah saidina aisyah?
sungguh sudah jauh saya terpesong di bumi pinjamanMu Ya Allah.

setiap kali solat saya mohon agar hati ini suci dari segala dosa. agar niat ini masih yang benar dan dikekalkan sebagai muslimah yang sejati. insyaallah