Monday, July 9, 2012

dunia K E L A B U

Orang hidupnya asyik bermuram-durja itu diklasifikasikan kepada dunia "hitam"
hitam itu pada pangkalnya bawa 2 maksud sahih kepada ku, antara dia ditelenggami dengan sejarah silamnya yang meninggal kesan mendalam atau dia tidak mahu berganjak walau setapak dari asalnya.
berganjak itu satu tranformasi yang besar, mana mungkin dilakukan seremeh mungkin.
mana satu yang paling senang,

'dalam satu perjalanan di satu jalan yang tidak biasa dilalui, di mana mungkin membawa kepada satu syurga dunia atau maut di hadapan. teruskan perjalanan dan belok ke simpang kanan yang membawa ke titik mati, atau berpatah balik?'

sikap realistic di sini tidak diterima akal. sanggup kau mengambil jalan yang sampai mana titiknya pun tidak diketahui hati? kenapa tidak berpatah balik dan teruskan perjalanan seperti biasa?
dan kerana itu, satu langkah kehadapan itu sungguh besar maknanya.
andai dia mampu bergerak setapak kehadapan dan meninggalkan beban lampau di lorong lain, itu satu keberanian. 

bagaimana pula dunia "putih".
dunia itu wujud dalam alam separa sedar. mana mungkin diterima logik akal seseorang itu tidak dihujani walau setitik tinta hitam. terukir senyuman seharian, hati bersih dari rasa bencian, bibir tak terucap kata makian, mata tehalang dari kepalsuan. itu bohong!
sedangkan mata mampu menipu apatah lagi hati yang hanya diselaputi lapisan nipis saluran darah.

"dan mereka itu hanya menafikan kewujudan rasa gundah-gulana di hati dan bertopengkan raut wajah kepalsuan berinci tebal. segala beban biar dipikul sendirian kerana prisip hidup memnag sebegitu, nafas pertama sendirian begitu juga yang terakhir. hukum alam tidak boleh disangsi lagi."

hidup aku biar aku sendiri tafsirkan.
kelabu tidak pernah wujud skema warnanya.
biar aku penggubalnya, dan Dia penentunya.
kerana kelabu itu sifatnya bersahaja.