Sunday, September 16, 2012

sila ambil dan pergi

tinta kembali bertemu lembaran kertas berhelai-helai.
setimba dakwat aku rasa tak cukup.
kerana cerita hari ni panjang berjela.

sila dengarkan aku.


nasihat itu memang satu perkara yang baik. 
tapi cara itu perlu betul.
salah langkah, habis bersepai badan itu.
zaman moden ni mugkin juga cara untuk nasihat menjadi terlalu urban. 
aku fikir begitu kerana caranya dah berubah caturan.

aduh, manusia terlaku diikutkan era urban.
dimana semua mengaku diri sebagai hipster, hanya dengan lepak mamak bershisha juga dikatakan hipster.
apa lagu bob marley sambil berasap itu cukup hipster.
bangkit lah manusia!
di mana gunanya fungsi otak itu di kepala yang cukup tinggi letaknya.

*senyum

'hanya golongan berilmu, para pendakwah dan mereka yang memegang sijil islamic studies je boleh nasihat aku. setakat kau yang baru nak berjinak-jinak diri dengan tudung tu boleh pergi mampus.'

kisah si stereotype malaysia.
apa betul bukan?


kalau begitu mari kita bangkit belajar islamic studies bersama dan berambus kita beramai-ramai berdakwah di muka bumi.

*hela nafas

ada juga mereka-mereka yang nasihat atas dasar nak lepaskan kemarahan dijiwa.
dilihatnya si polan buat sesuatu yang rasa nak dimaki je, lalu dilemparnya ayat sedas-sedas. 
*puas diri

caturan nya salah.

orang-orang tua yang berleter tu pun dikira nasihat juga. 
okay ini pengalaman aku:

leteran yang berbentuk kemarahan,tak payah bohong la kalau tak pernah terfikirkan benda ni.
'orang tua ni bising betul la, menyampah gila!'

tapi kalau mak berleter masa tengah tengok tv, mood tengah stabil, ayat pun beralun-alun.
kita balas 'iya mak, faham.'

faham bukan, bezanya disini?
tak perlu lah contoh yang berjela panjang, si luncai pun boleh faham situasi ini.

jadi sila ambil apa yang patut dan pergi.
kembali bersyawal semua dengan hati yang lebih urban dan hipster.
:)