Saturday, September 1, 2012

Tempoh masa

hari ni cerita benda lepak-lepak je la sebab mood pun tengah steady je. kalau rasa bahasa aku tak berapa sesuai, tutup hidung je la ye.

kalau tanya siapa tak pernah rasa macam mana rasanya jantung tu jatuh bergolek semeter, sampai melutut kau nak capai balik memang tipu la.
apa yang aku maksudkan, jatuh cinta la. ayat jatuh cinta tu cliche sangat, bosan aku nak type. kasi panjang sikit baru terasa sastera haha. 

tak payah bajet kau sesuci alam la tak pernah ada perasaan tu. budak 10 tahun pun boleh jatuh cinta dengan hanya tengok avatar budak bertocang dua kat twitter, inikan pulak kau budak 20-an yang separa matang.
pantang nampak tweethandle ala-ala k-pop bajet hot stuff la tu. nama "keylababyboo" avatar pakai singlet dengan topi superman follower 5000k dah pasang azam nak jadikan dia girlfriend. budak sekarang cepat matang.


soalan cliche'

aku dah naik bosan bila orang cakap "hoi mana laki kau, tak payah nak sorok sangat la." masalahnya kalau dah takde buat apa aku nak sorok dia dalam almari nun kat rumah agam atas bukit cameron highlands sana? logik la sikit beb. serious aku hal macam ni bukan jenis sorok, lagi banyak lidah terbelit nanti bergossip pasal aku kalau bersorok dengan member. betul bukan? 

umur dah 19 tahun, takde boyfriend ni memang species rare eh? bila aku balas dengan muka slumber, diorang semua buat muka terkejut macam baru lepas minum air chlorophyll je. 

buat apa aku nak terkejar benda yang belum tentu. aku jenis yang pegang pada reality, benda macam angan-angan yang tak sudah ni tolak tepi. bila mana ada seorang lelaki approach kau secara langsung atau tak langsung ada 2 benda je yang aku pegang: 

 dia memang kene tangkap cinta dek panahan mata kau  atau  dia suka kau. 

first option, ada chance untuk rasa itu kekal lama. tapi bila mana benda tu jatuh pada option kedua, it just a temporary feeling. bukan permanent. macam kalau kau nak invest dekat kereta kau, modified bagai nak rak. selang sebulan tukar semua balik, ubah angin. dan sejujurnya aku tak rasa nak jadi the second option after all. i don't deserve that. 

perkara yang melibatkan feeling bagai ni, memang susah nak tafsir. carilah kitab mana pun kau nak rujuk, benda ni tak pernah ada noktah. tak kan bila ada orang approach kau, kau terus meluru tanya "ada hati nak jadikan I bini you ke?' sumpah muka tebal. haha
tempoh masa untuk sesuatu terjadi memang lama. tak perlu paksa, when your heart is ready, it will show you that it's yours. pegang kata tu.

dan aku tak rasa selama ni aku dah buat silap besar dalam hidup bila aku tolak dia mentah-mentah. sebab masa tu aku fikir " i'm not ready yet." kalau betul dia jodoh kau, kapal sebesar alam mana pun yang terpacak ditengah-tengah antara kamu berdua, pasti ada jalan untuk bertemu. sudah tertulis. jadi budak-budak yang jenis tulis 'where's my other half?" sila tukar status kau sekarang before aku campak batu 10kg.


hipotesis

19 tahun aku ambil masa untuk dapat tahu diri aku sendiri macam mana. luar nampak cool, chill, kuat  tapi dah nama perempuan, tak hilang kemana lembut tu. ala-ala cocopie la, luar keras, dalam lembut nak mati. itulah cerita perempuan. dan 19 tahun baru aku sedar mata aku ni jenis keras kepala sikit, tak bagi chance. maha diketahui bahawa diri ini masih di bawah kajian terperinci lagi. bagi aku istilah kawan tu lagi kuat bond dia daripada being someone's better half. so don't ruin our friendships.

we may look a bit old, but our heart is still young. there's nothing wrong if you have that kind of feeling, human do need it. 

sometimes, world don't need a brave guy to tell a girl his feeling. better keep it in your heart, i'm afraid we (girls) don't know how to respond and might knock you down.

sila kembali lelap :)