Thursday, January 24, 2013

lumpuh kita

kalau ada soal apa tujuan aku menulis? ntah. aku sendiri tak tahu apa asasnya apa.

kalau dulu orang buat blog untuk jadi hijabster yang post berhastagkan #ootd. dulu aku sendiri bingung apa tu #ootd? nama makanan kah? bila di-google di urban dictionary ootd adalah shortform untuk outfit of the day.
melayu kita !

setiap hari post di instagram berserta brand apa. mungkin senang bagi anak kecilan yang baru nak up beli di mana. mungkin
trend hidup.

kemudian ada yang menulis sebagai medium untuk tunjuk sini-sana.
mereka ini bagi aku masih lagi minda budak kecil yang hidup di tubuh remaja lewat 20-an.
tak suka si A habis ditulis essay 1500 patah perkataan di blog, ceritakan semua agar followers tahu sifat sebenar si A. 
sebenarnya tujuan asal, aku tau. nak kaut followers juta-jutaan, kerana mulut lancang ni biasanya disukai ramai. mungkin memeriahkan hari yang malang bagi mereka. 
bahan bacaan tidak berakal. 

jadi sebenarnya apa tujuan hidup aku dengan menghabiskan masa menulis?
aku fikir aku boleh ubah ideology manusia zaman era-kejar trend ini dengan perkara yang baru.
ubah persepsi mereka pada satu benda yang tidak masuk akal.
kenapa yang popular seperti artis atau tweet famous di beri greenlight dalam pelbagai perkara? seperti pemakaian shades di dalam mall yang bertemankan lampu pendaflour ribu-ribuan?
mengapa rakyat biasa dipangkah habis-habisan?
juga kenapa meja yang sudah di-reserved oleh rakyat biasa mudah sahaja di berikan kepada artis jika mereka terlupa buat reservation.
mungkin mereka pembawa tangkal keuntungan.

maka blog aku secara asanya boleh aku katakan penuh dengan benda random yang berlaku setiap hari.
kadang bila terlihat budak kecil makan lollipop di tepi jalan, itu boleh jadi satu tajuk hebat.
"cara ibubapa sogok anak mereka: gula-gula"
lihat ! terlampau random bukan?

itu yang aku sedang buat, perkara spontan yang berlaku disekeliling kita boleh jadi benda yang agak cool.
jika kita tahu bagaimana corak dan alirannya.
maka manusia yang makin lumpuh bisa dibaiki atau tidak?
*senyum
itu aku kurang pasti