Thursday, January 31, 2013

kiri atau kanan

untuk semeter ini aku dikejutkan dengan satu soalan yang sebenarnya simple je cuma bila ia diulang sebanyak 3 kali, maka terus berubah menjadi soalan serious
*muka perlu serious


"english language ini bahasa asing ataupun bahasa kedua?"
Ms Jane chai
lecturer linguistic

diikuti oleh Mr Christopher
lecturer phonetics

dan diterbit kembali oleh Mr Foong
lecturer literature

maka aku pun terkebil-kebil, cuba cari jawapan bila mata aku bertemu mata Ms Jane *ambuihh

bila kita pandang balik sekeliling kita, boleh dikatakan cara hidup kita banyak berkait-paut dengan bahasa inggeris ni.
misalannya kalau nak order coffee kat starbuck mana boleh cakap loghat nogori
"den mau kopi satu!"
mana boleh cakap macam mat lutfi
"cek nak ayaq kopi campuq gula sikit noh, biaq pekat sikit"
boleh bawa gelak satu bulan tanpa henti

sama juga kalau nak masuk kedai brand brand ni.
*pegang bag prada - tengok harga-keluarkan kad kredit- sampai counter terkebil-kebil-sebab tak faham apa cashier tu cakap - frust menonggeng - makan maggie 3 bungkus

tapi kalau fikir balik sebenarnya tiada masalah untuk kita bertutur dalam bahasa ibunda ini.
bukannya mat saleh yang jaga kaunter coffee bean tu, melayu je den tengok
balik rumah sambal belacan jugak dia cari kan?

cuma bila kita "speaking" (common term) nampak la cool dia, hipster much, educated dan berkerjaya. 
common perception from us, malaysian

dan oleh sebab dunia pandang begitu, anak baru umur 2 tahun pun dah didedahkan dengan bahasa asing ini.
"hey boy don't play with those sticks."
ambuih makcik anak itu perlu tahu bahasa asalnya apa bukan?

bukan kita tak sokong penggunaan bahasa asing ini, memang perlu untuk masa hadapan
cuma kita perlu tahu asal kita 
rumpun kita mana
orang kita apa
bahasa kita apa
gemilang rakyat malaysianya di mana

beriya tanya dalam bahasa inggeris dekat orang cina, dibalas kembali dengan "cik saya faham bahasa melayu" 
*senyum


jangan sampai budaya kita ditelan zaman
bukan mata mereka yang kita harus jaga
biarkan mulut mereka lancang berbicara
kerana melayu kita masih wujud.