Tuesday, February 12, 2013

had masih ada

aku memang tertarik pada cara bagaimana kelab-kelab di UTAR ini beroperasi.
yang terutama sekali kelab kaunseling @ the helpers

setiap minggu ada saja aktiviti kemasyarakatan
menolong anak-anak di perkampungan orang asli
bersihkan rumah anak yatim

maka kaki ini melangkah juga ke DSCC (department of soft skill competency) untuk mengambil pamphlet.
sampai ke kereta entah kemana dicampaknya.
masih belum sedia untuk membantu atau bagaimana?
kalau tiada kelas atau discussion sudah bertapak diri ini ke sana.
masa, masa dan masa
jika boleh dibeli masa sekarang juga aku gadaikan emas.

dan aku selalu baca perihal segala kerja amal yang TC post di facebook.
perkampungan orang asli di sungkai
dan terbaru program reach out 1.0 sempena CNY
ah mulia sungguh hati pemuda itu.

segera bertanyakan pada mak, aku memang mahu ikut!
satu patah saja dia tanya
'mereka agama apa?'

tapi pada aku agama bukan persoalannya bukan?
bantu itu tidak terletak pada tuhan mana kamu sembah? patung mana tuhan kamu? atau sujud kamu pada siapa?
*terdiam sebentar

'mesti ada agenda pada setiap benda yang mereka buat. macam, mesti menganut agama christian. bukan pada upacara pegang kitab mereka sahaja. kadang-kadang perkara remeh itu boleh ranap iman. nyanyi lagu yang tak tahu maksud apa, rupa-rupanya lagu keagamaan mereka'

*bisu

mencari jawapan yang concrete bukan mudah.
mungkin pada kasarnya aku hanya nampak mereke membantu anak kecil untuk terus hidup.
hanya itu, tidak lebih.

maaf jika perkara yang mahu aku katakan disini tidak dipersetujui ramai.
simpan pisau kamu di poket, usah dikeluarkan.
dengar

membuat perkara baik itu mulia
dan tiada had untuk kita hanya membantu seagama, malah membantu mereka yang lain boleh melihatkan nilai agama kita begitu tinggi.
tapi, dalam setiap perkara ada had.
kenapa perlu dikejar mereka jika bangsa di sekeliling kita masih ada.
bantu orang ditepi kamu dahulu.
malah mereka janjikan doa berterusan kepada kamu.
apa lagi mahu diminta?

kadang kita terlampau mudah dikaburi dengan perkara mulia di hadapan.
hingga lupa sarang tebuan menunggu di sebalik awan mulia itu.
sifat khalifah sungguh mulia
tanggungjawab kita pikul bukan sekecil pasir
pasakkan tubuhmu di bumi Dia!
 teguhkan iman aku.
hanya itu aku pinta