Monday, August 12, 2013

denial

Tahu
Sudah lama blog ni tak terusik
Tahu
Blog ini sudah lari dari idea asal. no more lively pictures or benda yang remeh-temeh.
Tahu, aku memang tahu apa yang kau tahu.

Maka, mari kita semarakkan blog ini.

Bismillah



"Antara 2 perkara iaitu pujian dan tohmahan kita akan pilih tohmahan lagi kerap"

Kau tak setuju?
Okay sini, biar aku bagi kau sekalian sedar sebab kita tak pernah sedar dengan diri sendiri.
Sini contoh mudah, selalunya bila seorang perempuan post gambar seksi **(seksi itu subjective, yang bertudung duduk bersimpuh pun dikatakan seksi) di Instagram, ada 2 saja point dia.

i. untuk observe berapa orang bakal puji betapa caktiknya dia.
ii. untuk tunjuk pada bekas-bekas lelaki dia betapa dia sudah move-on dan masih ramai lagi lelaki beratur terkejar berebutkan dia.

Dalam konteks ini, no such thing as self-confidence. That's bullshit. Kalau kau nak berucap pasal self-confidence, sini biar aku dengar. Sebelum kau emphasize more on self-confidence, master dulu apa itu self-concept, self-awareness, self-esteem dan self-disclosure. okay?

Kau nak kata dia confident dengan diri sendiri sampai post gambar tu? Alahai dik, dangkalnya pemikiran kau. Sebab perempuan selalu insecure dengan diri sendiri. Bukan? Tak betul? Sebab kau sendiri yang selalu kata begitu perempuan.

*gelak
*tolol


Jadi bila mana berderet Si Keldai puji dia, biar. Biarkan. Tak perlu dibalas comment kerana bagi perempuan itu tanda dia desperate. Harap maklum, ini permainan perempuan gila. Kau kene faham. Dan bila terselit satu manusia Si Lebai Malang comment berunsur negtive. Para wanita, ini bakal menjadi perang besar.

Kita kabur dengan dereta pujian, dan fokus pada yang tunggal.

Ini sifat manusia.

Sebab kita memang suka tohmahan. Kita suka sebab kita boleh express diri sendiri. Kita suka kerana dendam kesumat 3 bulan itu berbayar. Kita suka kerana masih ada yang prihatin secar luaran.

Kita memang suka tohmahan.

Tapi kita tak sedar apa yang mereka katakan itu benda yang betul. Kita deny, deny, deny dan deny. Walaupun terang mana perkara itu kita deny. Sebab itu sifat kita, denial.

Jadi bila mana kau claim diri kau sebagai 'aku ni open, cakap je apa-apa aku boleh terima.'
Lagi sekali itu bullshit.
To what extend?
Pernah kau fikir?
Kalau comment mulut compang pun kau bagai hantu mengilai inikan pula perkara besar.

Manusia--
Manusia---

Kita memang generasi yang pantang di kritik. Tak fikir yng kritikn itu boleh jadi positive, ikut cara, ikut rasa, kita boleh olah. Tapi kita tak se-creative yang kita fikir. Kita ambil bulat-bulat, process bulat-bulat dan lontar bulat-bulat.



Rakyat Malaysia memang suka layan Doraemon, sebab dia BULAT.