Monday, June 17, 2013

Pluralism

"lebih baik berdiam diri dari berkata perkara yang bodoh."

Tapi melayu kita lain, ungkapan orang dulu-kala ini tolak tepi. 

"kalau kau tak mahu ketinggalan dari arus modenisasi, lebih baik kau take part in the discussion rather than act like a stupid person."

Tapi mereka tak sedar lebih banyak mereka bercakap lebih terpamer kebodohan mereka pada pandangan aku.

Lucu bukan?

Melayu kita sungguh arif perihal memulakan bara api. Betul bukan? Okay kita ambil contoh sewaktu GE13 kau boleh nampak bangsa kita terlampau taksub untuk perjuangkan hak Melayu dengan cara yang salah. Maaf, sekiranya anda tidak bersetuju sila berundur. Banyak lagi issue akan kita kupaskan. Tapi itu hak mereka untuk bermatian memperjuangkan hak bangsa. Tiada salah. 

Jadi bila mana aku sedar untuk kelas Oral Communication akan ada lecture menyentuh perihal Culture communication aku jadi tidak senang duduk. Aku berharap agar lecture itu dibawa ketepi, jangan pernah disentuh. Tapi kita tak selamanya boleh elak bukan? Being the only malay students in the class, it's like I'm carry all those burden untuk mempertahankan mana duduknya bangsa melayu. Ditambahkan Mr. Paul seorang yang begitu arif dan cakna perihal politik dan bangsa lagi aku bertambah gerun.

Sewaktu kelas, aku duduk barisan paling belakang dan berlindung di sebalik Sulega dan Chia Sing. Tapi tudung biru terletak di kepala tidak dapat selamatkan aku dari terus ditanya Mr. Paul. 

"Chinese own our economy. Indians support Chinese, and Malay? they get everything."

"have you read Utusan? Long time ago there was Indian tsunami, then Chinese tsunami and that's what Malay said about us Apa Cina Mahu."

"Who's our PM? Still malay. All daily expenditure are increased. Thank you, Najib."


.............


Dan kita jangan cepat melatah.
Jangan sekali kita cepat senteng lengan baju dan melatah.Sebagai seorang yang berilmu, kau harus berfikir secara rasional dan stay calm.

Bila kau menyentuh perihal politik dan sebagainya, aku masih boleh bertindak professional sebab berlainan orang berlainan cara berfikir. Dalam issue begini kita masih boleh berbalah pendapat. Dan aku memang seorang yang flexible.Tapi bila mana kau menyentuh perihal agama, itu sangat tidak elok

Pernah kau pergi ke Melaka, berdekatan dengan Jonker Street, kita ada Masjid dan disebelahnya adalah tokong Cina. Pernah kau dengar berita yang para ulama dan penganut buddha berbalah sama sendiri bila azan berkumandang dan bila bau colok mereka menusuk hidung? Pernah kau dengar?

Kita pernah hidup dalam keadaan aman begitu, kenapa tidak dikekalkan begitu? Sayang sekali.

Salah satu soalan yang bagi aku amat menyentuh sensitivity agama ialah: "Chinese support their people, Indian support Chinese and Malay, they only support HALAL food. I don't understand with the term HALAL and what's the point of it."

*ketawa

Sayang, sungguh sayang. Kita sudah duduk bersama untuk beraba abad dan masih wujud segelintir orang yang masih tidak peka terhadap bangsa lain. Ini adalah agama kami yang perlu diikut, dan saya tidak pernah ada masalah bila kawan-kawan lain berbangsa cina makan benda yang haram bagi kami. Tidak pernah pula saya kutuk dan keji mereka "eeeeii kotor" Tak pernah sama sekali sebab kita harus faham budaya masing-masing. 

Berbezanya kita adalah Tuhan kita. Tapi itu tidak mewujudkan jurang batas diantara kita, bukan?

Dan selalunya Melayu kita cepat melatah, terus diajukan statement yang menyentuh sensitivity kaum. Mana pergi adab dan ilmu yang kau junjung selama ini? Dan kalau kau rasa ilmu perihal sensitive issue ini masih ditakuk rendah, sila berdiam diri. Simpan hujah untuk diri sendiri, takut memakan diri.

Daripada kita di-expose dengan ilmu biology dan sebagainya kita sebenarnya perlu subject yang menyentuh perihal budaya dan hidup sebagai berbilang kaum sejak dari kecil. Pendidikan sivik bagi aku hanya buku untuk penuhi waktu lapang *sinis. 

Kita ada liberty of pluralisation. Mana hilang? 

We need those kind of westernisation and modernisation tapi bukan semua kita cedok secara menyeluruh dan terus guna. Bukan semua kita perlu ambil. Jadi Melayu kita, sila lah terus perjuangkan resam kita. Cuba kau fikir sejenak mana letaknya kita? Kau tak rasa terkilan kalau bangsa lain cakap melayu hanya tumpang nasib? Kau masih nak berbangga dengan cara hidup modern kau? 

*melayu kita

Sila teruskan ber-Harlem shake. Teruskan Melayu kita.