Sunday, May 12, 2013

desperate

D.E.S.P.E.R.A.T.E


Kau tahu maksud desperate? Bila si Abu mengidam mati-matian nak makan buah nangka, dengan pantasnya dia sanggup berjalan kaki 20km hanya untuk nangka seulas.

Atau bila seorang perempuan jenis 'geli-geli' jatuh cinta dekat abang senior merangkap ketua pasukan bola sepak. Dia dengan otak sedangkalnya bermake-up tebal datang menyapa.

Aku sendiri sudah confuse. Itu desperate ataupun bodoh?

Aku tak bijak-pandai untuk label orang ikut kosa-kata, atau tinggi ilmu, atau rupa santun. Tapi aku cukup arif untuk label orang ikut dangkal otak aku, yang senipis kulit kacang.

Bukan kau sorang saja yang desperate. Aku juga pernah jadi si beruk bodoh. Bila dunia layan kau sesampah mungkin sebab kau sekecil anak belatuk dan mereka fikir tidak wajar untuk layan soalan dari seorang kanak-kanak yang lidahnya masih belum cukup 1001 rasa. Jadi kau desperate untuk jadi seperti 'mereka', jadi dewasa. Tapi kau tak tahu peritnya jadi dewasa, sebab kau tak boleh kongsi gula-gula macam dulu-dulu, kau tak boleh tolong adik bila mak marah balik baju kotor berlumpur. Dunia kau dah tak sama. Pemikiran kau juga sudah berbeza. Kotak itu bukan kotak.

Iya, aku desperate untuk jadi si bodoh.


Dan bila hari kau mendung bermusim. Tidak bukan bermusim, tapi berlarutan tanpa hujungnya. Kau sudah makan dengan segala jenis rasa. Hingga kau sudah lali dengan perasaan bila orang cerca kau, jatuh secara drastik, dipencilkan, dikompakkan sekecil mungkin dan yakni terus dibaling jauh. Kau sudah rasa semua itu, hingga kau sudah hilang rasa untuk terus berduka. Kau minta untuk merasa apa itu rasa suka. Sebesar mana pun kau korbankan, sebanyak mana pun kau layarkan, rasa itu masih tiada. Dan kau berdarah mati untuk rasa itu ada. Malangnya rasa itu belum tiba.

Sudah-sudahlah rasa itu, bagi aku merasa pula rasa manis, gembira, dan terus hanyut.
Sampai bila jalan cerita ini masih ditahap melancholy. Aku tunggu jalan cerita ini sampai ke puncak. Sebab mereka kata, pada tempoh itu, selalunya berlaku perkara yang kita tak duga. Dan tuhan, tolong bagi aku 'hint' bila awan mendung ini mahu berlabuh jauh. Agar senang untuk aku bersedia untuk menjadi gembira.

Desperate atau bodoh?

Hanya si budak hingusan mahukan hidup.