Thursday, April 18, 2013

cara untuk terus hidup

Semester 2 dah habis. Lengkap 7 bulan aku belajar cara hidup orang, macam nomad yang rentas seberang tinur hingga ke matahari terbit. Apa yang aku boleh rangkapkan, macam-macam aku belajar. Belajuar untuk tebalkan muka bila mereka cerca, belajar untuk pekakkan telinga bila mereka meleret berkata-kata, belajar untuk jadi bodoh hanya untuk mereka dan semua itu aku tolak tepi dulu. Kerana aku hanya belajar untuk terus bernafas--
bernafas dan bernafas.

Bila tiba hari paling teruk dalam hidup- aku mengeluh panjang. Tapi keluhan tu sebenarnya tiada guna, sebab diri kau sendiri yang bodoh! Bodoh tak belajar dari kesilapan dulu. Kejap, jangan cepat hukum aku. Aku syak ada satu fius tak betul kat kepala otak ni. Dan aku syak bukan sebelah kanan mahupun kiri otak sebab aku tau apa fungsi mereka. Jadi boleh katakan di tengah bahagian belakang otak-- walaupun seteruk mana memori itu, aku akan terus lupa. Bagi aku satu incident di mana benda paling buruk jadi, bagi-- tanpa syak wasangka aku memang tidak dapat ingat balik. "short-term memory loss" 

Iya short-term memory loss.

Ntah, aku sepatutnya bangga dengan kejadian alam ini ataupun tidak. Jadi bila mana waktu  foundationn dulu, apa yang mereka buat. Yang aku sepatutnya tulis dalam diary dan ketuk-ketuk kepala 3 kali untuk terus ingat, tak menjadi. Kau tau kan, bila kau cakap "aku tak lupa apa kau dah buat, sampai anak cucu aku, aku mati pun aku akan ingat weh !"  2 minit kemudian aku terus lupa. Jadi macam mana aku nak belajar dari kesilapan?

Aku paling leceh bila tiba kau kene buat group assignment, atau apa-apa sekalipun bentuk kerja yang perlu kau bergabung atau duo atau berpasang-pasangan ke, aku memang leceh. Leceh sebab kau kene ikut rentak mereka. Rentak slow motion, RnB, punk-rock, metal dan jenis yang tangkap leleh. Kau kene hadam semua tu, sebab kau takde pilihan lain. Jadi bila aku tersekat kat tengah-tengah aku rasa macam orang bodoh tunggu bila salji nak turun. Sumpah aku rasa terlampau bodoh.

Boleh tolong tak? Tolong jangan perbodohkan aku lagi? Bila aku duduk sorang-sorang gaya melukut di tepi gantang, aku teringat zaman dulu dimana, kau punya silap kau tuduh aku dan dengan selahanat mungkin kau suruh aku siapkan semua balik. Sungguh dunia ni masih wujud manusia sekeji demikian, sumpah. Takkan kau nak tunggu aku panggil kau manusia keji baru nak berubah? Tolong, kau bukan budak-budak lagi, untuk aku cakap sepatah-sepatah biar otak kau boleh hadam dan ulang sampai kau faham.

AKu terfikir macam mana kau boloeh survive selama kau hidup ni? Asyik bertongkatkan kaki orang lain. Asyik bersandar dibahu orang lain. Tolong weh, cuba jadi matang ! Tolong rasa nikmat sikit bila kau diberi peluang untuk terus hidup. Tolong sedarkan dirikau.

Tolong.