Saturday, April 6, 2013

rasa itu

Kau rasa tajuk tu terlampau dramatic?
Memang aku seorang yang dramatic, jadi sila diam.

Pernah tak kau rasa, macam terlampau fed up dengan orang sekeliling kau?
Kalau boleh kau nak pancung kepala mereka, dan carik-carik hati mereka, atau letakkan satu rasa dalam hati mereka. Iaitu rasa sayang?
Kerana mereka-mereka kurang satu rasa, rasa untuk cuba sayang orang lain. Cuba dan cuba untuk ada rasa itu.

Pernah tak kau rasa macam nak hempaskan satu batu yang besar atas kepala mereka?
Agar biar otak mereka yang sekecil kuman tu, bercambah dengan baiknya di rata tanah?
Pernah?

Kalau kau fikir hanya kau saja di dunia ini yang ada masalah, dangkalnya otak kau.
Bukan kau saja yang hadap Tuhan minta jalan penyelasaian di malam hari, menderu air mata kerana dosa-dosa kelmarin, yang terpana bila dosa kau itu turun depan-depan mata kau, seakan cermin besar reflect segala hidup kau.

Kalau kau fikir baran kau itu mampu tundukkan aku yang kerdil, yang tak berkuasa untuk angkat muka hadap muka caci mu itu, ceteknya otak kau.
Cuba kau genggam bara api untuk 3 saat. Api itu atau kulit nipismu yang terluka? 
Biar aku tabur arang di keliling tubuh kau, untuk kau rasa apa itu panas sebenar. Iya, seksa dunia yang manusia cipta sendiri.
Subhanallah.

Sekecil-kecil aku, hati aku masih merah menyala. Walau sebesar tapak tangan, tapi penuh dengan rasa.
Rasa simpati, empati, sayang dan ikhlas.
Sediam-diam aku, mulut ini masih bernyawa. Cuma didiamkan kerna Hari Pembalasan akan ditanya segala kata tohmahan yang kau lontar, Akan kembali pada kau.
Telinga yang ditadah dengan kata nista kau itu, satu hari nanti akan pekak juga. Pekak dengan ayat yang sudah lemau dan basi.

Tolong jangan pernah wujud rasa itu.
Rasa untuk balas, rasa untuk benci.
Syaitan kecil makin menghampiri diri ini, aku tidak pasti sampai bila untuk bertahan.
Rasa, sila pergi jauh-jauh.