Saturday, March 23, 2013

kawan satu fasa

kawan itu ada tamat tempoh kah?
soalan itu aku tak berapa pasti, kerana aku sendiri sedang bingung.

mungkin aku terlampau bodoh untuk terima hakikat yang kawan itu tidak selamanya kawan.
betul bukan?

mula dari 'stranger' kita jadi kawan. dengan cukup yakin kita jadi 'bestfriend' tapi untuk tempoh yang singkat kita kembali pada 'asing'.

aku memang jenis yang betul-betul hargai kawan. sekali dia datang, aku pegang kuat-kuat, sebab hidup aku tak ada siapa lagi. untuk tidur bergelimpangan sama-sama menonton cerita seram, untuk mengadu nasib dan tuah, untuk bercerita panjang lebar hingga subuh-- itu sungguh bermakna.

dan bila setiap kali kita ubah haluan hidup satu je yang aku akan ingatkan. 'jangan lupa aku bila kau dah megah nanti, bila kau jatuh bangun, khabarkan. aku kawan kau bukan?'

dan selalunya janji manis ini hanya bertahan untuk 2-3 bulan, dan seterusnya habis lupa begitu saja.
biasalah, tempat baru-kawan-baru-gaya baru-suasana baru-keinginan baru. 
yang lama buang macam itu saja.

lupakah kau siapa yang tolong gapai bila kau hampir tersadung kaki di puncak bukit?
lupakah kau siapa yang tolong tutupkan mulut mereka yang rancak mencerca perihal kau?
lupakah? iya itu aku-kawan kau.

untuk yang lepas-lepas, kawan yang berjuta dilupakan begitu saja. terima kasih untuk bagi aku rasa apa itu naik-turun hidup. terima kasih tidak ternilai untuk bagi aku merasa hidup bersama kau walau tempoh yang singkat. dan terima kasih untuk terus buang begini saja.

dan pada yang masih kawan ini, kalau kau bercadang untuk berlaku begitu, sila pergi jauh, dan jangan pernah berjanji manis lagi kalau ada rasa untuk tinggalkan aku. beri aku masa untuk terus menjadi kawan yang setia. 

ayat yang berulang-ulang-ulang-kali aku sering katakan pada yang lepas dan kini:

'jangan lupa aku, walau seteruk mana pun hidup kau berubah. kerana kita kawan.'

kalau kau tidak ingat, biar aku ingatkan. biar kau rasa canggung dan bersalah untuk apa yang kau janjikan.



-sekian -
kawan kau yang terulung