Tuesday, March 10, 2020

Darjat wanita dalam karya HAMKA

So i make it as a compulsory for me to read at least 4 books per week. Why i did so? Because i'm tired of scrolling phone tanpa hala tuju. Scroll twitter, then IG lepas tu baca fake news dekat FB lol. I try not to spend more than 2 hours daily dekat phone. 

Berjaya atau tidak?

Impressively yeah. I have read more than 20 books since February. Mostly on literature books lah because that's my fav since i was young. So i pick up the 'reading skill' again yg dulunya terkubur buat satu jangka masa yg panjang juga. 

Currently, I baru habis baca almost all buku HAMKA. Dah lama suka karya tersohor HAMKA cuma tak tau bila nak baca. What i love the most pasal karya dia adalah sisi sinis menasihati org mengenai adat. Kalau kita terlampau 'berpegang' pada adat, boleh jadi memakan diri dan melarat. Secara keseluruhannya, HAMKA fokus pada adat masyarakat Minangkabau dan bagaimana mereka meletakkan perempuan teratas sekali dalam hal pembahagian dan pemilikan harta.

Ada satu part dalam novel Merantau Ke Deli di mana ada satu watak ni dia kata walaupun dia org Minang, tapi dia dah lama merantau dan tidak lagi obses kepada berpegang pada adat. Itulah kelebihan kalau kita merantau jauh, luaskan pandangan dan ubah persepsi diri. 

Dalam novel Terusir pula suka diceritakan mengenai darjat wanita. Terusir membuatkan I terfikir ramai rupanya wanita yg menjadi mangsa 'perkahwinan'. Melarat diri kerana percaya pada sang lelaki yg akan jaga sehingg hari tua. Akhirnya, bercerai hidup kerana percaya pada adat. 

"Mengapa sukar sekali terdapat hubugan suami isteri yang dapat kekal sampai 'cerai tembilang, artinya diceraikan malaikat maut"

Ayat ni paling syahdu sekali bila kita letak diri kita pada watak utama wanita dalam penceritaan HAMKA. Diberinya seluruh kepercayaan pada si suami akhirnya dihalau seperti anjing kurap di malam hari tanpa arah tuju. Kasihan.

Pengajaran selepas membaca karya HAMKA (this is solely my opinion), perlunya ada backup as in harta untuk kegunaan di hari cemas seperti diceraikan atau dimadukan. Ketahui lah bahawa wujud lagi lelaki yang mampu menjaga kita wanita, tetapi terkadang tu mereka berlapikkan kata-kata manis yg kemudiannya terkubur dan janji itu memakan diri sendiri. Ada masa kita bersusah-senang bersama habis bergadai emas, bila dijumpanya wanita jauh lebih muda, ditinggalkkannya kita (i've witnessed this case quite a lot and it's sad). 

Percayakah kita pada perkahwinan sebagai ikatan ikhlas antara dua manusia atau sebagai satu institusi keluarga sahaja? Terpulang..