Tuesday, May 5, 2020

self-improvement is a never ending process

Tahun 2020 adalah tahun yang tidak terjangka. Yang dulunya ramai pasang impian untuk menyambut angka magis ini dengan berbagai cita-cita dan angan-angan, terasa seperti perlu dikuburkan buat sementara. Atau dianjakkan angka tahun itu pada tahun mendatang.

Ramai berpendapat tahun 2020 is going to be their year. Baru dipermulaan jalan, sudah sedikit bumpy. Di awal pertengahannya pula, penuh uncertainty, yang langsung unpredictable. 

Ada yang baru memegang jawatan, dipaksa sukarela melepaskan agar company stays afloat. Ada yang baru siap renovate kedai baru selepas 2 tahun process menabung. Belum sempat bertukar tangan kunci itu, terpaksa gulung tikar untuk minimise loss. Ada yang baru bercita-cita untuk pulang menghadap keluarga, terpaksa membungkam sepi kerana tidak dibenarkan. 

Benar, tahun 2020 ini tahun tidak terduga. Ada apa dengan angka magis ini?

For me yang bekerja dalam startup kecil di mana cash reserve hanya setitik dakwat, sejauh mana boleh ampuh sebelah kaki? Kalau suatu hari nanti, notis dihantar lewat pesanan ringkas, i don't think I akan tergamam. Kerana manusia-manusia kecil ini memang menanti hari untuk diberi berita itu.

Am i prepared for the worst? Jauh sekali tidak, tetapi semuanya diserahkan pada kuasa yang Maha Esa. I hope i can rely on my support system yang sentiasa utuh; family.

Untuk tahun 2020 ini, I try my best to be a better version of myself. Tidak apa kita mengalah sedikit, jika dilihat rapi kita menang banyak. 

Untuk seseorang yang sememangnya tidak gemar untuk spend money on buffet ramadan yang dikira pembaziran, tahun ini tidak perlu lagi alasan basi untuk tolak ajakan bila boss atau colleague mahupun kawan berbuka bersama di hotel.

Lebih peluang untuk berbuka secara sederhana dan pada siapa yang bersama keluarga, ini lah nikmat yang tidak tahu bila lagi kita boleh dapat. Lebih masa untuk beribadat, self-reflection, self-improvement.

Tapi jangan kita ketepikan pada mereka yang dalam kesukaran pada tempoh ini. A blessing for us tidak bermakna semuanya merasakan yang sama.

Lewat bulan ramadan tahun ini, i learn to be a responsible person. Seorang yang jarang sekali masak apatah lagi masakan melayu, secara naturalnya memegang senduk dan kuali setiap hari untuk berbuka dan sahur. Strange, but i enjoy the progress. Sendiri yang memujuk diri untuk berubah, tanpa paksaan menambahkan lagi sisi manis dalam perjalanan self-improvement.

Itulah kita, manusia. Kita bisa berubah ke arah lebih baik jika kita mahu. Jangan biarkan suara-suara paksaan di belakang. Dengarkan saja pada suara diri. Ingat, self-improvement tidak terhenti pada mana-mana titik. Ianay satu proses yang berjalan tanpa henti, bezanya cuma pada kadarnya - antara cepat atau lambat.

Pada yang masih mempunyai banyak ruang untuk berubah, pujuklah diri untuk dengar pada kata hati. Ada banyak lagi ruang pada diri ini untuk berubah sebelum usia menginjak 30. 

Selamat semuanya ditempoh yang menduga ini.