Thursday, October 15, 2020

Mulai bersederhana

 Semalam terbaca satu tweet;


"I used to dream really big. Like I wanted to be at the top of whatever I ended up doing. But now, I think I just want a decent job with decent pay, normal working hours, a sense of fulfillment. I want to have time for my family, friends and myself."


Hati rasa dekat dengan tweet ni. Relatable. Dulunya, I used to dream high. I wanted to be a journalist yang tersohor, bekerja di NSTP or R.AGE (special team untuk membongkar isu-isu sensitive yg jarang org bincangkan secara terbuka kerana penglibatan pihak-pihak tinggi). Dulunya, tanpa jemu mesti akan apply di The Star, NSTP, Bernama etc sampai diterima. I want my piece di-publish pada muka surat depan dan beri impak besar pada society. 

But, I ended up menjadi writer untuk magazine lifestyle. Lifestyle, fashion bukan my niche. I tak suka pergi event launching makeup baru atau jumpa celebrity. It just not my interest. Tapi bila diberi trust untuk tulis article dan nampak sendiri BYLINE pada setiap article yg dihantar, itu rasa satu kepuasan yang tak dapat digambarkan.

Then I keep on dreaming high, berubah pada magazine business. Berjumpa tokoh-tokoh business, usahawan muda yang membawa 1001 cerita mengenai kejatuhan empayar business dan bagaimana mereka bangkit semula. Okay, I'm doing good. Tapi slowly, benda ni semua dah tak dikejarkan. Sampai satu tahap, kau dah rasa penat untuk mengejar. Pangkat dan gaji bukan benda yang I kejarkan lagi. 

Covid-19 beri I satu kesedaran dalam cara positif. It's true, bagi sesetengah pihak, pandemic ini bawa 1001 kesusahan dan kita siapa untuk nak membanggakan betapa bestnya duduk rumah dan hujung bulan, gaji masih masuk. Cuba untuk ada sedikit simpati dan empati.

Sepanjang MCO, duduk di rumah i spend more time gardening. Lebih banyak masa diluangkan dengan membaca buku. Hati rasa tenang dan lapang. Tak dikejar lagi dengan email dan call mengenai kerja. Benar kata orang, apabila kulit kita ini sebati dengan tanah, jiwa kita akan rasa rendah dan sederhana. 

How I wish kalau dengan bercucuk-tanam ini mampu menjadi sumber pendapatan utama, sudah pasti I'll quit my job. Lagi sekali diri ini berada di tengah-tengah antara cabang yang samar-samar dihadapannya. What I really want to do? Masa hadapan lagi sekali terasa pudar. Kalau journalism bukan lagi minat utama, future plan bakal berubah seiring dengan keinginan. 

What I really want to do?

Untuk sekarang, I don't mind getting a decent job with a decent salary. Asalkan I rasa cukup, cukup dalam keadaan bersederhana. Cukup tenang dan aman. Cukup segalanya. Masa hadapan kelihatan jauh lagi, babak cerita kita masih berubah-ubah. Penghujung cerita juga masih samar. Hanya dengan satu twist sahaja, the whole story akan berubah secara drastik. Yang pasti pohon lah pada Dia untuk memberi ketenangan jiwa.