Monday, September 21, 2020

Jiwa yang matang dengan rasa

Menjadi seorang manusia itu seharusnya kita syukuri kerana potensi kita tiada batas.Dengan hati, kita biasa merasa, memberi, menerima, dan mendengar. Dan hati ini yang bisa merubah karakter seseorang itu.

Dua hari lepas, dengar ceramah Prof Muhaya dalam segmen motivasi pagi. Prof Muhaya ni mmg i respect dia. Seorang yang sentiasa positif dan tak lekang dengan senyuman. Dia pandai twist satu masalah itu kepada satu peluang untuk mengubah diri. Prof kongsi yang kita sebagai manusia ni semua pernah menjadi baik. Asalnya kita memang baik, cuma mungkin faktor persekitaran dan asuhan kita yang sedikit-sebanyak mempengaruhi karakter kita. Jadi jangan pernah beri alasan bahawa sudah jauh menyimpang, susah untuk berubah.

No, kita semua boleh berubah kepada yang asal. Kerana kita pernah jadi baik. Cuma mungkin masa dan usaha yang membezakan kita. Antara cepat atau lambat. Kita semua masih punya ruang untuk menjadi baik, pujuk lah hati untuk menerima, bukan menepis. 

Yang susah sekali untuk kita usahakan adalah untuk kekal menjadi baik. Untuk sehari dua menjadi baik mungkin mudah, tapi untuk jadikan ianya berterusan it's hard. Apabila kita kembali pada circle yang dulu, surrounding yang dulu, rumah yang dulu - susah.

Dan ini dikaitkan dengan satu ceramah yang i dengar di radio - hijrah. Selalu dengar topik ni waktu bulan sambutan Maal Hijrah je dan for me term "hijrah" itu secara zahirnya berpindah dari satu tempat ke satu tempat yg lain. 

Well, this ustaz explained, hijrah itu adalah kita berubah kepada keadaan yg lebih baik. Tak semestinya perlu berpindah negeri dan sebagainya. Cukup sekadar kita berhijrah dari circle yg melalaikan kepada circle yang mencari rahmat Allah. Kita semua perlu berhijrah untuk menjadi seseorang yg jauh lebih baik. 

Kalau kita rasa circle kita tu dah tak bawa sebarang benefit, slowly we left them. Tak perlu nak putus kawan or left them bluetick, mungkin kurangkan spend time with them. Untuk apa nak stick with people yg selalu negative sepanjang masa? Or bergaul dgn org yg semua benda nak kritik. We need to guard our heart, mind and soul. 

I have a few friends yg memang i kena kurangkan masa with, sbb mereka tak pernah nak berubah. Setiap kali jumpa, asyik critic this fella lah, semua decision kita semua nak comment like why you beli kereta ni? Why you tak nak buat ni? Why you blablabla? Just let people enjoy their lives, tak boleh ke?

Just keep doing things yg you suka. It's okay if your circle makin mengecil. Perjalanan kita ni masih jauh, train tak berhenti separuh jalan. Ada banyak lagi station yang menanti. Who knows in each station akan ada mereka yg bakal board the train. Membawa matlamat dan cerita yg sama untuk dikongsi.