Saturday, April 9, 2011

nasib malang berturut-turut

sejak baru-baru ni suka sgt tulis title panjang-panjang
takde kerje
biasalah :)

memang betulla org kata malang tak berbau
i sokong you *gedik
haha!

ok ptg td pegi karnival U utk kali kedua
*tak bosan
terima kasih kepada encik hasri kerana inform saya
ya allah ramai org macam nak buat konsert bruno mars
sesak!
parking kereta pun 10 minit kene jalan kaki tau
haha!

sampai je sana pegila booth unikl sbb nak tanay permohonan dah terima ke belum
then dia suruh bagi salinan result
mcm mana ntah boleh tercicir masa jalan
tengah tekun ni dengar org cakap macam nak rak
tiba-tiba dengar
KEPADA SITI AISYAH BT ABD RAZAK
MRSM MERBOK,ANDA ADA TERTINGGAL SALINAN KEPUTUSAN SPM ANDA
SILA bla bla bla

muka innoncent bercampur baur
terhegeh-hegeh membawa segala fail ke kaunter tanya
'mana eh slip yg tercicir tu'
malu tak payah ckp la
tapi buat-buat cool macam biasa
ahahaha!

mak,bukan senang org nak mention nama kita sukati
gile famous
4 seconds awesomeness
haha!

pfttt,haritu time karnival yg pertama jatuh tergolek depan org ramai
itu takpe lagi ingat muka je nama tak tau
yg ni muka sekali nama ingat
HAHA!

saya rasa macam kene sumpahan tak boleh pergi kemana-mana
program yang bertauliah
nanti kene nasib malang je
:)

minta maaf cik/puan/encik yg serius berkhutbah depan saya
saya selalu menguap.bukan boring! tapi lapar
tak makan breakfast lagi
:)
time makan jumpa si budak kurus comel ni izana.

elok-elok je nak balik hujan lebat
ya allah,dah la kereta jauh
pakai baju chiffon pulak tu mmg habis basah
mak cakap 'elokla basuh jeans kau tu yg dah tak basuh berminggu tu'
tak nak nnt warna dia tak cantik
*jeans tu tak kotor ok

masuk kereta dua-dua menggigil
haha!
kesian kan

*still thinking about which U i should choose.
jangan mimpila nak jadi dentistry cik aisyah.
give me 2 weeks to decide ye

oh yeah again,i'm wearing my mum vintage blouse.
not exactly blouse, red 60's jacket with wider sleeve
really like it :)

nite!