Friday, September 16, 2011

kebal juga diri ni.
sebab aku mampu lagi hidup walau ada saja ara melintang.
terasa kebalnya apabila hari yang disangka redup berbubah jadi hujan disambar petir sekali.
kebalnya terasa juga bila ada saja kata-kata laknat digempar-gempurkan di belakang tanpa aku sedar.
tapi aku masih mampu tersenyum.

harus dibangga dengan diri sendiri.
mungkin ada kaitannya dengan namaku, aisyah.
nampak sahaja biasa,tapi nama ini la yang menjadikan aku cukup gah dipandangan mataku sendiri.
ni semua kuasa Tuhan.
siapa kata aku tak bersyukur?
Tuhan saja yang tahu apa aku tahu (:

aku rasa aku hebat seperti matahari.
tinggi jauh di langit,bangga sekali dengan sinarannya.
sebab dia tahu manusia perlu dia.kalau boleh jangan diberi peluang bulan datang di malam hari. bagaikan hari dia yang punya.

aku juga rasa sebegitu hebat.
tapi dunia tak nampak aku sebab aku manusia normal
sama seperti mereka yang lain.
apa yang lebih? tiada.
apa yang perlu dibanggakan dengan diri ini?

aku kebal.
sudah aku beritahu bukan?
diri ini memang kebal.
datangkan saja apa-apa sekalipun, aku tetap kebal.
cuma satu yang boleh menjatuhkan kekebalan ku.
kuasa Tuhan.
hidupku,matiku,rezekiku,jauh sekali dari kuasa ku.

aku kebal.
aku tidak perlu kau sama sekali.
untuk apa?
untuk kau jadi pengawal? seperti anjing menjaga tuannya?
untuk kesat mata ini bila ada saja titisan air yang mengalir?
sumpah, aku boleh buat iti semua sendiri.
kerana aku kebal

langsung tinggal diri aku.
kerana aku sudah kata

aku kebal