Wednesday, December 12, 2012

pada yang pertama

alhamdulillah selesai dengan final untuk my new "baby" semester.
semester yang Perdana
semester yang Sulung
permulaan kepada pengakhiran.


7 minggu dah berlalu tanpa sedar. Kalau diikut perhitungan akal sudah 1 bulan 2 minggu menongkah arus di UTAR sebagai pelajar jurusan English Language.
bagaimana cerita 7 minggu itu diringkaskan kepada satu ayat?

Dia Maha Berkuasa

dengan kehendakNya diri ini masih utuh di tanjak yang betul, dengan rezekiNya badan ini mampu melangkah tebing, dengan kuasaNya bibir ini mampu tersenyum untuk hari yang mendatang.

sama sekali tidak benarlah kalau diri ini tidak pernah teringatkan kawan-kawan jauh di negeri orang. doing great? how's your study? 

ini norma kehidupan, kita lari dari realiti dengan keputusan di tangan. pada tangan itu kita percaya akan hari esok pasti cerah. itu pasti.

"semuanya okay, kitorang macam family kat sini dan aku selalu terbayang kalau kau ada mesti lagi best."

ayat itu buat aku menyesal dengan segalanya tapi hidup harus diteruskan bukan?
pecaya pada Dia.

hidup ada turun naik.
dan sekarang aku di bawah. sampai bila mahu kekal di atas bukan?
belajar dari susah, hadam segala pengalaman dan dari situ kita bangkit dengan penuh harapan.

semester yang Perdana sudah selesai.
dan kini aku kembali kepada pengakhiran kepada segala permulaan.