Monday, February 18, 2013

salahkan diri

alhamdulillah kini dah masuk 2 semester aku di UTAR, dan bakal masuk semester 3 pula march ini.
sudah 7 minggu untuk semester kedua pun, tak baru mana, dan tak lama mana.

bila aku dikelilingi dengan manusia baru yakni berbeza latar belakang, berbeza pegangan dan berbeza segalanya. aku cukup risau, 
risau kalau ada percanggahan antara mereka.

dan aku sendiri tak ada sebab munasabah untuk mengapa aku perlu sorok segala rutin aku.
bila tiba masa untuk tunaikan fardu solat, aku mesti diam-diam menyelinap sebelum kelas seterusnya mula.
dan jika mereka tanya kemana, aku akan jawab 't o i l e t' ataupun sebarang sebab yang langsung tak masuk akal.
ntah, jangan tanya aku kenapa.

dan jika mereka tanya kenapa perlu pakai begini-begitu, cara begini-begitu, makan ini-itu, aku cuma jawab ringkas, sebab islam ada hadnya
dan ntah, aku pasti mereka tak seberapa faham mana.

satu malam, masa main gitar dengan eugene dekat rumah dia dia tanya soalan random
 'siti why Muslim men cannot wear short pants?'

'because they have to cover their aurat, and to be specified aurat is the part where it is a must to cover. and for a man, mereka kene tutup pusat sampai lutut. ain't that simple?' 

aku cuba untuk seringkas mungkin. dan dia terima jawapan itu.

dan lepas habis main gitar, tihn chern ajak yum cha (makan-makan) aku tanya nak kemana, mereka beriya ajak aku pergi kedai nasi ayam, bertuliskan cina.
 dengan agama sedangkal ini, aku tanya 'ayam? i'm afraid i can't eat that la tihn chern' 
'why? it just nasi ayam mah'
'in my religion, we have to slaughter the chicken first in a certain ways. i hope you understand my situation'
dan mereka berulang-kali minta maaf.

dan waktu kelas tadi, angel tanya aku 'siti you tak pergi sembahyang ke?'
aku sendiri terkaget. dan aku cuba jawab seringkas mungkin, sekali lagi.
*mana kau tahu semua ni angel

dan dalam kereta waktu hantar malini dan anil balik. malini tanya aku 'siti kau dah buat belum assignment dan aku jawab belum, malam ni baru nak buat. biasalah cuti-cuti malaysia.
'alhamdulillah bagus siti, bagus sangat tangguh kerja.'
aku gelak, ketawakan kebodohan diri sendiri.

untuk selama ini, aku terlampau takut, jika cara aku itu mengundang gaduh.
aku risau jika mereka tak terima apa aku buat.
dan aku risau jika mereka perlekehkan agama aku.

si luncai memang selamanya bodoh.
dia jahil tentang diri sendiri.
si luncai memang tidak tahu untuk tunjuk apa dia ada.
tapi si luncai tidak selamanya bodoh.
mari gelakkan si luncai yang lucu.


maha mengetahui supaya jangan terlampau taksub menghakimi manusia kerana hukum alam tidak ajar begitu. 
masing-masing perlu ada kepercayaan, percaya untuk memahami diri masing-masing.

**ini cerita si luncai islam, christian, hindu dan buddha.