Monday, September 11, 2017

Aku makin tua

Lama kelamaan aku merasakan yang aku ini makin tua. Bukan diukur pada kalendar yang berubah angka di hujungnya. Aku tahu, umur ini secara naturalnya akan meningkat setiap tahun. Itu satu kitaran semulajadi tanpa sebarang paksaan.

Umur 24 ini aku makin merasakan aku makin tua. Melihatkan kawan-kawan semua makin menjadi matang aku sendiri terkelu, bagaimana dengan penceritaan ku? 

Matang,
Itu pun satu terma yang aku tak tahu bagaimana mahu diperjelaskan. Apa makna matang? Apa kayu ukur to dictate yang seseorang itu sudah mencapai tahap matang? Perkahwinan tidak menjamin seseorang itu menjadi matang secara total. Kau hanya berubah fasa, bukan pada kematangan. Apa matang itu pada pemikiran? Bila diskusi kau makin intelectual dan diselit dengan angka-angka serta fakta atau mungkin enakman undang-undang, itu matang? Apa mungkin pada karakter diri? 

Sedangkan ahli akademik yang yang meletakkan makna matang juga aku sedikit sangi. Kalau pada kamusnya "the state of being mature, related to adulthood, responsibility." Itu maturity pada kamus. Tapi pada pandangan ahli psychology, ianya sedikit ambiguous. 

Bila mana lewat hujung bulan penuh dengan ajakan perkahwinan kawan, aku tertanya. Itu salah satu purpose dalam life ke? Pada umur 24 tahun untuk melakukan keputusan besar sebegitu, bagi aku mereka suduh cukup matang. Tapi keputusan besar ni kita dah buat dari dulu lagi. Saat ditanyakan mahu hidup kah di atas muka bumi ini, kita jawabkan "ya". Maknanya kita sudah matang dari saat belum ditiupkan ruh kah? 

Pada umur lewat 20-an ini, aku merasakan kematangan itu datang dalam bentuk sunyi. Bila mana kau bangun pergi kerja disogokkan dengan suasana rumah gelap kosong tidak berpenghuni dan baliknya juga tidak disapa oleh siapa-siapa, cuma kesunyian. 

Bila memandu keseorangan ke kerja itu memenatkan,
Bila tidur seorang itu tidak lena,
Bila hati ini terbit rasa kasih.
Cukup matang kah? 

Entah, terkadang aku rasa makan seorang itu penuh kesunyian. Tangan itu mengapai kad jemputan kahwin yang terletak di atas meja makan. Maybe I should? 

Bila makin tua ni, pemikiran pun makin carca-marba.