Friday, September 8, 2017

Mari bicara soal jodoh

Dulu aku pun terikut sekali untuk gunakan frasa “kalau jodoh tak ke mana”. Tapi hanya untuk kiasan dan tidak bermakna apa pun. Sebab pada pegangan aku, destiny atau sebarang bentuk mystical ini tidak sepenuhnya berlaku. Yes, aku mmg ada masalah untuk percaya pada benda yang abstrak dan bukan konkrit. Pada aku kalau tiada depan mata, ada potensi untuk ianya tidak menjadi.

Tak,
aku tiada masalah pada mereka yang gemar gunakan frasa "jodoh" sebab ianya bukan ayat yang dibuat-buat. Memang sudah wujud dan kalau rujuk pada etimologi-nya; ianya berasal daripada bahasa Tamil iaitu "coti" yang pada dasar membawa maksud 'mate' atau pasangan.

Cuma masalahnya di sini ialah persepsi atau pemahaman orang pada frasa 'jodoh'. Sering kali dikaitkan dengan konsep keagamaan. Bila masuk bab ini, aku kena cuba terangkan secara halus mungkin. Gusar ada yang disalah ertikan.

Bismillah,
Bila seseorang gunakan ayat "dia jodoh aku", pada dasar ilmiahnya atau kita lihat pada tahap semantik, susunan ayat dan penjelasannya, ia membawa maksud "dia pasanganku". Betul tak? Masalah, makna ayat ini bertukar bila fahaman berbeza timbul bila mana orang selit elemen agama atas ayat itu.

Okay cuba bayangkan orang kata "dia jodoh aku. Sudah tertulis di luh mahfuz. Ada jodoh kita kahwin. Kalau tiada jodoh nak buat macam mana. Sudah ketentuan Ilahi." Kedengaran makin sayup di telinga lantas tak beri aku sebarang bentuk amukan. Sebab aku sudah lali dengan ayat sebegini. Ah, manusia sememangnya ignorant.

Ayat itu jika digali, seakan berbunyi kau meletakkan segalanya pada takdir. Langsung tiada nilai usaha untuk make it happens. Bicara soal jodoh ni boleh ambil masa berhari-hari. Satu soalan aku nak ajukan, apa maksud jodoh pada kau? Bagaimana kau tahu seseorang itu 'jodoh' pada diri kau? Bagaimana? Apa kayu ukurannya? Kalau perkenalan itu membawa ke jinjang pelamin, maknanya itu jodoh lah? Kalau perkahwinan itu berjaya dan gembira, maka itu jodoh lah?

Jadi kalau penceraian berlaku, itu bukan jodoh? Selepas bertahun kau kongsi hidup, hirup udara yang sama, dan berkira ubun putih di kepala, itu bukan lagi jodoh kau? Lucu lah pemikiran manusia ni.

Bila orang kaitkan soal jodoh sudah tertulis di Luh Mahfuz, ianya lagi membuatkan aku lebih jelik. Okay ke sini kita bicara dengan fahaman agama ku yang cetek. Tiada siapa tahu apa yang terkandung dalam Luh Mahfuz. Ianya semua rahsia rapi Tuhan Esa. Bagaimana manusia boleh katakan soal jodoh mereka sudah tertulis di Luh Mahfuz? Mungkin ada, mungkin tidak. Dan jika ada sekalipun, mungkin ianya tertulis "si polan bakal berkahwin, beranak tiga dan bercerai hidup atas sebab sekian-sekian." Mungkin tidak ada tulis pun nama jodoh kau secara terperinci. Apa benar bukan?

Jadi bagaimana manusia boleh berbicara dengan gah dan lidah itu cukup senang tuturkan frasa sedemikian kalau diri sendiri tidak pasti apa yang dibicarakan? Aku rasa cukup lucu bila sesuatu perhubungan itu terputus, alasan pertama yang diberikan "sudah tiada jodoh." Bullshit.

Semua tu sebenarnya cara untuk kau nak escape daripada kesalahan diri sendiri. Bila kau katakan sedemikian, seolah langsung tiada ruang untuk kesalahan diri sendiri. Jadi bila nak improve diri sendiri? Apa kau menyalahkan takdir kerana beri kau jodoh yang salah? Apa kau fikir ini permainan tuhan? Jadi kalau kau berkahwin 5 kali sekalipun dan end up dengan penceraian, itu semua bukan jodoh?

Sudah kau kongsi hidup boleh dikatakan itu bukan jodoh? Manusia sekarang kepalanya makin mendongak tetapi akalnya makin menunduk. Pegangan aku ni banyak buatkan orang tak senang duduk bila berdiskusi. Tapi bagi aku, berlainan pendapat itu menambah lagi character pada diri seseorang. Itu sesuatu perkara yang indah.

Kalian, terma jodoh itu memang wujud. Tapi persepsi dan fahaman itu perlu benar. Pasakkan pada arah yang kukuh. Yes my parents divorced when I was 10. Walaupun cuma untuk seketika, tetapi mereka tetap jodoh. Salah caturan hidup? Salah pilihan? Mungkin. Tapi adakah mereka jodoh?
Kembali kepada apa yang kau percaya.