Tuesday, September 12, 2017

Antara inspirasi dan idola

Setiap kali kalau drive ada 3 sahaja radio station yang aku akan pasang. Kalau bukan BFM atau Lite fm mesti IM4U fm. Untuk BFM ni aku suka sebab diorang ada banyak segment dengan entrepreneurs muda-muda di Malaysia. Memang satu platform terbaik buat youth yang giat dalam pembangunan ekonomi Malaysia ni.

Ada satu kali tu aku dengar diorang panggil seorang lelaki ni yang ada kedai sendiri dalam customize motor-motor besar. Budak muda cuba kau bayang betapa hebatnya dia. Sampai sekarang aku teringat slot ini yang rasanya sudah berbulan lamanya. Bagi dia, "youth easily jump into mainstream. Put on leather jacket and riding big bike is not something that you should make as a trend. You should know what makes you do that, because of passion? Interest?" Betul lah, kalau kau setakat nak ikut arus trend je, apa yang kau buat tu kosong tak ada makna. Sekadar untuk penuhi Instagram dan social media lain. 

Lite fm kalau dulunya tak silap lah ada slot Red Room waktu hujung minggu pada waktu malam. Waktu tu memang penuh dengan lagu-lagu romatik zaman dulu-dulu lah. Gila layan kalau tengah drive malam-malam, tambah pula jalan tengah kosong. Terasa macam dalam MV je. Sekarang ni ada lagi ke? Ke aku silap radio channel ni? 

IM4U approach dia sama seperti XFresh fm kalau budak 90' ingat lagi lah. Itu je lah radio channel kalau nak kekal up-to-date dengan lagu indie yang terkini. Zaman band underground hantar demo untuk nak dengar lagu diorang main dekat radio. Tapi IM4U ni aku kira banyak juga lagu pop yang korang selalu dengar berulang-ulang dekat Hitz apa. Bosan. Orang belakang tadbir IM4U ni kalau tak silap Kartini and Rudy Malik, once a dummer for Pop Shuvit. 

Main story yang aku nak cakap sebenarnya pasal lain. Radio station tu semua selingan je. I notice new artists (celebrity as they called) outnumbered talented people. Well, well, what's going on with our entertainment industry? Making a cover and posted it on Youtube, recording studio terjumpa and claimed as "we found a very talented yet gold..." jadikan recording artis and boom! Macam itu je. Gaining huge fans sebab marketing, well can't deny on that. Makin cepat popular bila package serba lengkap as in deemed to be pleasant or good looking among society. Oh society...

Diorang ni menyanyi sebab hobi ke atau memang talented?

Entah aku tak tahu lah apa main intention diorang untuk menyanyi ni. After awhile bila popularity merudum, buat press con and said that " I dah tak ada minat untuk nak menyanyi." Okay don't worry. Lets's jump dalam acting pula! 

I discovered this new youtuber artis (is it right ah to called them like that?) release lagu baru. Awal lagi dah bunyi macam Taytay and there are actually a line or two liriknya sama macam lagu Yuna. Melodi jangan cakap lah. Auto-tune sepanjang lagu sampai lah habis. Bila orang tegur, katanya "blablabla adalah idola dan main influence saya. Sudah semestinya akan kedengaran sedikit. Saya jadikan mereka sebagai sumber inspirasi...." 

Meletakkan seseorang sebagai sumber inspirasi dan idola membolehkan kah untuk kau cedok karya mereka secara bulat-bulat dalam mencipta 'karya' kau sendiri? Jadi plagiarism ini kalau nak lepaskan diri hanya katakan yang ianya inspirasi? Begitu kah?

Heavily influeced by genre and the particular musician or actor/actress itu lain dengan mencedok karya mereka. Bila kau heavily influenced, kau jadikan sesuatu itu sebagai titik tumpu. Tapi kau tak kejar untuk nak jadi doppelganger. 

Sebenarnya ramai je pengkarya hebat yang kantoi busuk cedok ilham orang lain. Ini jujur. Tetapi kalau memang orang yang talented, inspiration atau idola itu cuma subs je. Sebab pada kau, kau nak tunjuk apa yang kau ada dalam diri yang orang tak nampak lagi. Dipersembahkan dalam cara paling raw dan kreatif. 

Artis-artis baru ni macam seasonal je lah. Habis trend, nanti-nanti senyap lah. Tapi aku salute dekat seorang ni sebab dia begitu bangga dengan kecantikan yang ada dan jual untuk gain popularity. Sampai tertutup pitching dia yang lari entah ke mana. 

Ah sudah! Termasuk cerita pasal cantik pula. Ini perlu dibincangkan dalam post lain. Sekarang ni tengah dengar lagu Keroncong Hujan alunan Adibah Noor. Penuh gemalai dan asyik betul keroncong ni. Kalau nak cari vinyl lagu keroncong memang mahal. 

Teringat pula last scene dalam cerita Arwah Yasmin Ahmad, Mukhsin. Sepasang warga tua yang sorangnya bermain piano dan sorangnya lagi alunkan keroncong. Arwah Yasmin entered the frame and ikut nyanyi. Sedikit demi sedikit crew production yang lain turut masuk dalam frame. Camera 1 makin zoom out untuk memberi ruang penuh. Nampak betapa gembiranya mereka walaupun aku tak tahu jika itu a part of the story atau tidak. 

Semoga terus damai di sana.