Friday, September 15, 2017

Substitute


Have you ever wondered if you're a substitute ataupun yang perdana? Being a substitute is suck. Yeah, being a substitute unconsciously atau secara sedar itu sama-sama suck. Substitute, replacement, second choice. siapa mahu? 

Substitute ni adalah menggantikan sesuatu benda dengan sesuatu yang taraf atau kualitinya seakan sama, mungkin pada sisi luarnya atau sifatnya sama. Macam kau gantikan sutera dengan chiffon sebab pada kelembutannya memang sama, tapi bila kau amati betul-betul terserlah perbedaannya, bukan? 

Sama juga kau substitute buttermilk dengan susu yang dicampur dengan cuka untuk buat kek. Hasilnya nanti tetap kek yang sama tiada pula berbeda. Betul tak? Tapi kalau dirasa betul-betul kek yang digunakan buttermilk lebih moist. Macam mana aku tahu? Kau tak payah nak tahu lah. 

Substitute ni biasanya menggantikan sesuatu dengan yang lebih murah atau low quality dengan harapan ianya boleh sama tanding dengan yang high quality. Pada konsep manusia, ianya sama juga.

You're just a replacement of something. Not their priority. Not their first choice. Kalau diletak dalam list, kau jatuh nombor 2. Nampak tak? Manusia ni begini, when they can't get something that they want, then they will seek a replacement. Something similar yet still different. Kau bukan priority utama mereka. 

Bila yang pertamanya berubah arah, baru dikejarkan yang kedua. Taburkan kembali janji manis yang berulang-kali diuturkan pada yang terdahulu. Cycle yang sama, actions yang sama, effort yang sama. Bullshit.

Kau tak sedar kau letakkan dia dalam waiting list dan bila mahu baru dicapai telefon dan ajukan soalan. Begitu? Begini lah, substitute itu kadang bukan dalam bentuk low quality. Malah mereka lebih tinggi nilainya tapi cuma kau je yang tak nampak. Dikejarkan yang entah siapa. Sebab manusia bodoh.

Macam dalam game bola, substitute ni kadang player yang hebat pun put on the bench. Half time atau lagi 15 minit nak habis baru bawa masuk. Kenapa dari mula lagi tak masukkan? Sebab nak simpan energy. Pemain power kita lepaskan di penghujung game, momentum dia akan bawa perubahan pada scoreboard. Tapi 15 minit yang terakhir tu dijamin cukup kah untuk dia blast out segala skill yang dia ada?

Yang jadikan manusia lain itu substitute sudah terpampang kedangkalan otaknya, dan yang terima dengan hati terbuka sebagai substitute pun sama dangkalnya. Tapi itu lah terkadang kau tidak sedar pun kau tu sekadar replacement. 

Kasihan.