Sunday, October 8, 2017

Berulang

Selama ni aku jenis yang selalu tak endahkan perkara yang berlaku di sekeliling. Aku sedar apa yang terjadi tapi otak ini memilih untuk jangan dipedulikan. Why should I bother to let petty things control my mind? Ignorance, mungkin.

Aku selalu lalui sesuatu perkara berulang-kali dan pada kali yang seratus kali baru aku terdetik untuk melihat dengan lebih mendalam. Dan kebiasaannya bila aku tersedar, masa itu sudah lambat untuk kau mengekspresikan emosi secara menyeluruh. Masa kekal berputar, kau terlambat sedar.

Macam sekarang, aku sedang menikmati secangkir kopi di kedai kegemaranku seperti biasa. Untuk berpuluh kalinya aku hanya terus menuju ke meja, keluarkan laptop, pergi ke kaunter dan pesan menu yang sama berulang kali. Long black, dan tidak pernah bertukar. Tangan ligat menaip, seakan aku butuh masa dan kudrat untuk mencurahkan segala ayat yang kian bermain di fikiran tanpa penghujungnya. 

Dan untuk pertama kalinya, aku ambil masa sejenak untuk menikmati secangkir kopi yang masih panas itu. Entah, kenapa aku rasa hari ini perlu berjalan dengan lebih perlahan dan tanpa paksaan. Saat kopi itu dihirup, seakan ada suatu aroma yang bercampur burst in my mouth. Penuh rasa yang kau sendiri tidak boleh jelaskan. Aroma kopi itu lain daripada yang sebelumnya. Aku pandang sekilas pada receipt, “adakah aku pesan kopi yang lain kali ini?”

Tak masih yang sama. Jadi kenapa rasanya berbeza? Biji kopi berbeza kah? Brewing proses yang berbeza? Aku tanyakan pada barista, katanya ia masih yang sama, menu yang sama, kopi yang sama untuk aku. Sama sepertinya yang dipesan sebelumnya. Aku kembali ke meja dan menikmati kopi tersebut. Tersenyum kerana aku dapat rasai kenikmatan kopi itu secara total.

Kemudian aku tersedar mengapa sebelumnya tidak pernah terasa ‘rasa’ itu. Jika sebelumnya tangan kau ligat menaip dan otak aku tertumpu pada kerja. Kopi itu hanya sandaran untuk buatkan kau kekal awake dan fokus. Kopi itu bertindak sebagai lubricant. Dan hari ini, kopi itu bertindak secara sendirinya. Dengan tujuan dan purposenya sebagai kopi.

Jika kau ambil masa sejenak untuk nikmati rasa dan waktu, kau pun mampu untuk rasai aromanya. Kesimpulannya di sini, kau kena take it slow. Hargai segala perkara yang berlaku di sekeliling. Jangan take granted terhadap semua perkara macam kehidupan. Kau sebenarnya sudah terlepas pelbagai perkara dan kenikmatan yang terjadi di sekeliling. Kau pilih untuk tidak pedulikan bermacam perkara sebab kau fikir hari esok masih ada. Tapi esok hari boleh janjikan perkara yang sama kah? Lelaki tua yang duduk membaca surat khabar di sudut meja itu akan adakah esok harinya? Lampu isyarat akan menunjukkan warna hijau kah pada detik 2:33 petang keesokkan harinya? 

Macam cerita About Time, dia boleh lalui hari yang sama berulang kali. Itu fantasy tetapi dalam cerita semua perkara boleh jadi. Tapi cerita ini bukan bersandar pada fantasi semata-mata, penceritaannya untuk mengajar kita untuk lihat dunia secara total. Nak achieve perfection itu sesuatu perrkara yang mustahil. Bahkan pada perfection itu sendiri wujud imperfection. Dalam cerita itu, dia belajar untuk tidak mengubah haluan hidup, tetapi menerima dengan cara yang berbeza. Itu dia, kita tak mampu untuk lalui tanggal 8 haribulan 10 tahun 2017 sebanyak dua kali. So face it to the fullest. You might regret it later if you don't.