Monday, December 18, 2017

labur masa

Bila usia kau makin menginjak dewasa ni, kau perlu cermat mengguna masa. Kau makin cakna dengan setiap detik masa dan saat yang berjalan. Sebab bila makin tua ni masa arsa seakan cepat berlalu. Untuk 24 jam sehari itu dirasakan cepat betul berlalu lewat sedang termenung. 

Tak boleh semudahnya kau gunakan masa sebegitu sahaja tanpa sebarang pulangan pada diri. Dalam sehari 24 jam, sebahagian digunakan untuk mencari rezeki, sebahagian lagi digunakan untuk tidur, makan, jadi yang tersisa tu adalah dalam 1/3 sahaja dari keseluruhan jam yang ada. 

Pada siapa 1/3 masa itu mahu dilaburkan?

Kamu harus cermat mencongak masa. Sia-sia sahaja kau beri orang guna masa kau, kesudahan nanti apa kau dapat? Bila orang yang jual Coway cakap 'bang saya nak pinjam masa abang seminit je.' Bukannya dia akan bagi balik seminit kau tu. Seminit kau tu berlalu macam tu je. Tidak pula masa terhenti untuk seminit sebab nak beri kau laluan untuk diberikan pada abang Coway tu. Tidak juga keesokkannya harinya hari akan menjadi 24 jam 1 minit pula. Bukan?

Orang bilang kalau kita betul ambil berat akan seseorang we'll definitely make time for them. Betul, memang kita akan cuba tapi bukan secara paksaan. Kita akan cuba yang terbaik untuk adakan juga masa demi kawan atau keluarga. Katakan balik kerja pukul 7, ditambah dengan sesak lagi dan kira-kira penat tadi bos bagi kerja banyak pula hari ni dan kawan kau whatsapp ajak lepak malam. Dia bilang hari ini je dia free, terus kau cuba juga untuk ketepikan segala masalah ketepi dan cepat-cepat siapkan kerja dan hadap juga jam demi sehirup kopi bersama teman.

Itu kau kata aku tak cukup sacrifice?

Tapi tak selalu boleh begitu, bukan? Kalau setiap malam ajak akan ada masanya juga kau akan tolak dan cakap "sorry aku tak free?" Kemudian, mula lah keluar ayat descriptive dan mocking yang kau ni sombong, selfish dan sebagainya. Masalahnya di sini aku kawal masa aku sendiri, dan aku tak suka dibuang macam tu je. Kenapa perlu untuk berkorban balik kerja tempuh jam drive jauh-jauh untuk jumpa kau hanya seketika dengan badan yang lemah dan kiranya kita boleh saja keluar lain masa dan hari?

Aku benci bila aku sudah laburkan masa kepada seseorang dan kemudian harinya aku rasa rugi. Rugi sebab masa yang kau dah berikan tu tak ada sebarang keuntungan pada diri. Kau tahu apa itu rugi? Bila mereka cari kau bila susah sahaja, cari kau untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja, dan bila datangnya masa bergaduh seperti sebelumnya ini tidak pernah berbaik. 

Untuk tahun 2017 ini aku belajar satu perkara yang paling besar sekali. 

MASA

Menginjak penutup tahun 2017 ini aku berdepan dengan mereka yang dahulunya aku berikan masa tanpa berkira dan kemudian harinya ditinggalkan sebegitu sahaja. Aku berdepan dengan mereka yang aku sendiri rapat yang mana segala pengorbanan aku ini seperti tiada apa. Dihembusnya jauh seakan debu sahaja. Untuk tahun 2018 yang bakal tiba, aku perlu betul-betul labur masa pada orang yang betul-betul perlukan masa aku, bukan pada orang sebarangan.