Tuesday, January 30, 2018

kan senang

Berkeseorangan itu susah. Bukan mengeluh tapi ianya benar. 

Ada masanya pemikiran ini akan timbul pada waktu yang tidak dijangka sama sekali. Ada masanya aku fikir "kan senang kalau ada peneman?" 

Macam bila semalam, pergi ke bank dan tak ada parking. Kalau ada peneman dia boleh drop dan tunggu sebentar kan? Atau bila hujung minggu lepas, cermin kereta stuck tak boleh naik. Hari hujan, aku drive balik dengan keadaan sebelah badan basah sebab dah 30 minit cuba tekan suis masih tak berjaya. Kalau lah ada peneman sekurangnya dia boleh cuba ikhtiar. Dan bila aku bawa kereta ke bengkel, kalau lah ada peneman tidak lah aku kena kencing dengan taukeh mudah macam itu je. 

Perkara ni akan terlintas pada waktu-waktu yang tak diduga. Jadi aku perlukan peneman untuk perkara yang remeh atau bagaimana? Waktu masak semalam, aku mengeluh sendiri kerana sudah cuba untuk dikurangkan portion tapi masih berlebihan juga. Pada siapa mahu dikongsikan semangkuk tomyam? 

Umur sebegini memang bermacam benda yang bermain dalam kepala. Yang bikin kau duduk termangu dan terfikir sorang-sorang. Baru kena test sikit dah down macam mana nak hidup sorang ni? Sebab aku pernah pasang impian nak duduk rumah sendiri bila umur mencecah 25 tahun. 

Tapi bila berseorangan ni, banyak ajar diri untuk kebal. Bila kereta rosak, aku sudah tahu bengkel mana yang suka kencing pelanggan terutama sekali perempuan. Aku sudah tahu kalau rosak sebegini apa yang perlu ditukar. Dia juga ajar untuk aku menapak jauh berblok-blok semata untuk cari parking pergi ke bank. Sekurangnya baru aku tahu kewujudan kedai bakery selang beberapa blok. 

Hari ni aku pulang ke rumah disambut dengan keadaan ruang tamu gelap gelita dan tiada siapa yang menyambut salaam.