Wednesday, February 28, 2018

Perjalanan suram

Sering kali kita tengok filem apabila ia berkaitan kehidupan, sang direktor akan gunakan elemen transportasi. Di penghujung cerita, berdiri kaku dua pelakon memegang bagasi menunggu keretapi untuk bawa mereka pergi.

Pergi bukan meninggalkan tapi pergi sebagai permulaan.

Keretapi itu sendiri adalah simbolik sebuah kehidupan yang tiada henti. Bermula dari satu pangkal menuju ke satu destinasi. Kadang-kadang berhenti menurunkan passengers dan ambil passengers tapi di penghujungnya semua sama menuju ke destinasi. Sesukar mana pun kehidupan atau fuck up bagaimana pun kita tak boleh hentikan kehidupan atau nak tukar route. Tiket sudah dibeli untuk ke destinasi sekian-sekian, tidak pula keretapi nanti boleh berubah perjalanan.

Passenger yang naik turun keretapi must adhere to your exact plan. "Ini adalah perjalanan menuju ke destinasi kekal. Naik kalau dimahukan, berundur jika ini bukan yang kau mahukan."

Orang yang datang dan pergi dalam kehidupan kita sama seperti menaiki keretapi. Yang singgah sebentar, dan kemudiannya tersedar mereka tersalah naik keretapi, lalu berhenti di pertengahan jalan. Yang kekal bersama sehingga ke penghujungnya adalah kerana mereka berdua punya similarity dalam tujuan. Terkadang keretapi sedikit sesak, panas, hingar dan pekik dengan jeritan penumpang atau juga tempat duduk tidak selesa.

Berhimpit, dihimpit dan terhimpit.

Itulah kehidupan, penuh cabaran dan dugaan. Bagi yang tidak kuat tanjaknya, maka disuku perjalanan sudah mahu berhenti dan mencari gerabak lain. Tapi bagi mereka yang tiada pilihan, ini sahaja lah cara untuk sampai ke destinasi. Kemewahan, kesederhanaan, equality, equity semuanya jadi corak kehidupan seseorang. Keadaan memaksa ini membuatkan kita lupa dengan tujuan jitu. Kita lupa apa matlamat sebenar perjalanan ini sebab semua situasi ini camouflage tujuan kita.

Di sini lah point di mana we are tested to the highest limit. Segala onak dan gelora kehidupan yang datang tanpa henti jadikan kita berasa kosong. Akhirnya baru kita sedar dimana letaknya yang Maha Esa. KIta cuba untuk hilang dari kepekikan suara-suara mereka dengan disumbatkan earphones pada telinga, atau mencari solusi dingin dengan menelan ubatan. Kebebasan untuk sementara waktu.

Ah, ditambah lagi dengan bagasi yang dibawa bersama. Aduh berat terlalu berat untuk digalas. "Apa yang dibawa?" Kita tanyakan pada diri. Dibukanya bagasi dan dikeluarkan satu persatu perkara. Tersedar peristiwa 10 tahun dahulu masih dibawa bersama, terbenam, membungkam jauh di dalam bagasi. Sekeping foto mengapa beratnya seperti memikul 3 tan batu? Kita tak sedar cerita itu masih disimpan, masih dihantui dengan dendam yang tidak terleraikan.

Sekarang, buka tingkap dan campakkan jauh-jauh.

Sudahlah merintih sadis. Perjalanan ini masih jauh. Kosongkan bagasi dengan peristiwa lama. Isikan dengan yang baharu. Pada yang menghilang, meninggalkan dan melupakan biarkan terus menghilang. Mengapa menanti? Mereka jauh di station belakang yang sudah lama berlalu, bukan?

Tenang, perjalanan suram ini bakal menjadi satu episod baru walau tiada satu pun sosok tubuh yang menemani.