Tuesday, March 27, 2018

Waktu tidak pernah salah

Salahkan pada waktu. 

Kerap kali pula telinga ini disiulkan dengan perkataan "masa". Filem-filem yang dipertontonkan banyak bertemakan masa atau juga membincangkan perihal masa dalam bentuk yang paling halus atau jelas. Terkadang pada dialognya diungkapkan mengenai masa. Terkadang pada scene itu diperjelaskan ketepatan masa. 

Pemilihan album atau lagu kebelakangan ini juga banyak menceritakan perihal masa. Kenapa dengan masa? Makin suntuk kah untuk alam semesta mengirim surat mengenai masa? 

Yang pasti kita tidak boleh lari dari masa, begitu juga masa tidak boleh lari dari kita. Masa dan manusia bergerak selari dengan alam semesta. Masa adalah linear dan ada yang memandang masa sebagai satu mantra dimana peristiwa-peristiwa berlaku dalam rangkaian dan dihimpunkan maka terdetiklah masa. Untuk diperlihatkan dengan teliti apa itu masa, ianya agak absurd untuk diperbincangkan dengan akal yang dangkal dengan ilmu metafizik ini. 

Dalam masa terjadi peristiwa dan peristiwa berlaku selari dengan masa. Masa yang dibiarkan berlegar sebegitu sahaja menunjukkan peristiwa atau adegan. Masa ini pernah dihidupkan semula dalam cerita Interstellar. Ianya perbincangan yang halus dan sedikit mindfuck berpandukan pada fakta dan tentangan ahli Sains.

Teori-teori menyatakan masa itu adalah himpunan gambar yang disusunkan dan menjadi satu detik. Bayangkan sebegini, still picture disusun sebelah menyebelah dan kita mainkan tanpa henti akan menghasilkan image bergerak. Setiap yang bergerak, sedetik telah berlalu. Kehidupan kita adalah gambar fragmen yang disusun. Ianya mirip seperti The Matrix bukan, dimana kita boleh jump ke masa belakang atau masa hadapan dengan break the code. Teori ini samar-samar dalam ingatan tetapi perjelasannya tidak lah tidak masuk akal sama sekali. 

Sebuah lagu seberang alunan Fiersa Besari "Waktu yang salah" liriknya bertemakan masa. "Dari masa lalu yang menghantui mu" ianya kontradik dengan esensi masa. Masa bukan objek hidup, ianya sebahagian daripada alam semesta. Untuk mengatakan "masa lalu" menghantui seseorang ianya satu statement yang tidak kukuh. Menghantui ialah kata kerja dan masa bukan pelakunya. Pelakunya di sini adalah manusia itu sendiri. Permainan minda yang dicipta oleh manusia dan kemudian hari menyalahkan alam semesta. 

"Beri kisah kita sedikit waktu
Semesta mengirim dirimu untuk ku
Kita adalah rasa yang tepat diwaktu yang salah"

Masa bukan barang untuk diberi-bagi. Ianya bergerak setiap detik tanpa pernah sekali pun tersalah detik. Sekarang, waktu post ini ditulis, beberapa detik telah berlalu. Memberi masa itu satu perkara yang sukar dilakukan kerana masa bukan hak kamu. Memberi masa tidak memerlukan pelaku untuk menunjukkan bahawa dia telah memberi masa. Ucapan "memberi masa" itu sendiri telah menyokongnya dengan sendiri.

"Rasa yang tetap di waktu yang salah" ini sedikit mengelirukan. Perihal hati dan kalbu ini ambigous. Tetapi masa itu tidak. Manusia sering menyalahkan sesuatu yang pada dasarnya adalah kesalahan diri sendiri. Mereka sering menyalahkan pada sesuatu yang lemah untuk dipersoalkan. Okay, dipertemukan pada saat ini "mungkin salah waktunya" kerana si teruna tidak bersedia dan si dara pula hatinya dimiliki orang lain. Apa kalau dipertemukan saat si teruna itu bersedia dan si dara itu jomblo, soal hati bakal berubah? Lihat, waktu tidak pernah salah. Hati tidak tetap tetapi masa itu ya. 

Waktu tidak pernah salah, berhenti untuk mengatakan "kalau lah". Belajar untuk mengalah dengan diri sendiri. Pada siapa ego itu disogokkan? Itulah manusia, sering menyalahkan pada sesuatu perkara yang lemah, kerana ianya satu plus point untuk tidak dipersoalkan. Sering kali menyalahkan pada masa, alam, udara, daun yang berguguran, sinaran matahari yang terik, hujan yang rembes, agama, bangsa dan identiti yang dipikul tetapi tidak sama sekali meletakkan salah itu pada diri. Padalah hati kamu itu yang berbelah bagi. Sosok tubuh itu yang beralih rasa, bukan masa yang dicurangi. Jadilah seorang yang telus dan jujur. 

Waktu tidak pernah salah, kita yang salah. Kerana waktu tidak pernah berhenti, kecuali jam di dindingmu kehabisan bateri.