Thursday, May 3, 2018

Cheap talk

Kalau dulu waktu kecil kita kerap berlari seakan tenaga tak pernah habis. Sepanjang 3 jam tu boleh berlari, melompat satu rumah macam minum air ketum je tenaga dia. Bila dah makin besar kita cuba "slow-down" sikit dan pandai untuk mengagih tenaga untuk digunakan. Dari berlari kita jog in slow pace pula. Tenaga dan kudrat masih ada cuma tidak lah 3 hours straight mcm dulu. Perlu juga ambil ruang untuk bernafas. 

Makin menua kita makin bergerak perlahan. Tenaga dah banyak berkurang dan nak charge pun mengambil masa berjam-jam tetapi 5 minit atas padang sahaja pun dah pancit. Kita tak lagi pandai agih tenaga, tetapi menyimpan. Fasa merangkak seakan kura-kura kehausan ni merupakan satu fasa yang mundane sebenarnya. Rasa sunyi, sepi mungkin sebab semuanya bergerak secara perlahan (di mata fizikal kita). 

Ceritanya di sini, fasa menua ni kau sudah naik bosan dengan kawan yang berbisik-bisik di belakang. Mereka yang dahulunya kau percaya bulat-bulat rupanya bertukar cerita di balik kain itu terasa seperti murahan sangat. Aku ingat umur sebegini, kita sudah cukup dewasa untuk ketepikan segala perbuatan "cheap" rupanya masih ada.

Bodohnya diri bila terlampau percayakan kawan sampai lagu kesukaan kau pun diberitahu. Rasa f bila teringat balik segala masa yang pernah dihabiskan bercerita lewat malam rupanya ditintakan pada kertas dan bertukar tangan dengan yang asing. Benar lah kata orang, jangan percaya pada objek fizikal yakni manusia. Kalau nak khabarkan, hanya pada yang Esa sahaja kerana rahsia itu akan membungkam tanpa diketahui umum sampai bila-bila. 

Untuk perkara murahan yang berlaku pada umur sebegini, aku ambil jalan untuk tidak berfikir secara mendalam. Kalau dulu, mungkin ianya menjadi subjek fikiran lewat malam dan menyalahkan diri sehinggalah mencari punca sebenar "mengapa?" Tapi kini aku pilih untuk ketepikan benda yang menghalang lalu lintas dan teruskan berjalan maju! Untuk bersemuka dan tanyakan mengapa, itu merugikan masa dan kudrat. Untuk apa? Biarlah sebab relevant mengapa diperlakukan sebegitu disimpan dan menjadi buah pemikiran si pelaku sehinggakan nyenyak tidur diganggu. 

Untuk itu aku dedikasikan lagu Chet Faker - Talk is Cheap buat hiburan-heavy petang. Satu lagu yang mana liriknya bersahaja tetapi arrangement music itu buat kau hanyut dan kena pada situasi.