Wednesday, May 16, 2018

Intersection of two lines

Hari ini seorang graphic designer baru masuk dan sebagai tanda "penerimaan" kami semua keluar makan lunch bersama. Lucu bila company-company bikin sebegini di hari pertama, berkongsi meja, bertukar cerita pengenalan dan di kemudian hari duduknya berasingan, cerita semalam sudah basi, dan apatah lagi mahu diajak keluar lunch bersama. Kembali terasing dan terusir. 

Okay, back to the story. Aku cuba berbual ringkas dan tanyakan dari mana. Selepas beberapa baris penceritaan rupanya dia pernah bekerja di tempat aku intern dahulu. Ya tuhan apa dunia ini memang kecil atau apakah? Pada moment itu aku katakan pada hati, ini salah satu petunjuk di mana bumi ini kecil dan pusing-pusing kita akan berjumpa dengan orang lain. Tapi teori itu samar-samar penerimaannya kerana jika bumi ini kecil yakni aku sepatutnya sudah menapak di negri seberang dan berjumpa dengan mereka yang pernah aku tinggalkan komen di Instagram. Tetapi tidak pula.

Jadi untuk seketika, fikiran ku pantas berpusing dan terus terdetik apa mungkin tempoh masa kita ini semua akan sampai satu titik masa akan bertemu. You know like algorithm formula of two intersecting lines? Mencari titik temu antara line y dan line x dengan aplikasi formula yang pernah diajar. 

Dalam add maths kita ada belajar satu chapter ini mengenai intersection lines. Aku paling ingat kerana ianya mudah dan ada beberapa formula sahaja yang perlu diingati. Dua lines yang tidak straight, lama kelamaan akan bertemu juga cuma tidak diketahui bila. By utilising the formula we can find at which point those two lines will meet.

Seakannya manusia ini tidak bergerak dalam jalan lurus. Kita semua menyerot sedikit dan dari itu lah kita bertemu mereka-mereka yang pernah berada atas landasan kita. Kadang perjumpaan itu cuma sebentar dan kita berdua bergerak kembali dan berjumpa pula dengan mereka yang lain. Untuk cerita hari ini, momen aku berlaku pada tahun 2014 dan dia pada tahun 2011. Jarak masa kami jauh berbeza tetapi dijumpakan kembali pada tanggal 2018 membawa cerita sama. Aneh! 

Aku tersenyum sendiri mengingatkan susuk tubuh misteri yang buatkan aku tertanya-tanya ketika intern dahulu. Misteri, jarang berbual, berdiri termenung di balik tingkap lewat hujan petang. Aku hanya tahu nama pangkalnya dan mata kami jarang bertemu. Fred, dia juga termasuk dalam titik temu kehidupan aku. 

Siapa sangka, sebelum intern lagi rupanya kami pernah bertemu sewaktu aku belajar foundation di Melaka lagi. Kami berdua pernah bertemu di dalam gerabak komuter, dan berdiri berhadapan. 6 stesyen menjadi jarak pemisah dan siapa sangka dipertemukan semula. I did notice that it was him on my very last day. Shit, we're running out of time but i guess our meeting point will intersect one more time. But the thing is once two lines intersect, mereka akan makin menjauh dan tidak sama sekali bertemu kembali, kecuali atas nama takdir.