Friday, July 6, 2018

Decision


"Kalau kau nak berhenti sekarang pun boleh je. Bukannya ada commitment pun."

Aku teringat perbualan lewat malam semalam dalam kereta menuju ke rumah. Perkara ini timbul bila aku sering mengadu bagaimana stress nya bekerja sekarang. Jujur kata, ada masanya aku mahu sahaja angkat bag dan terus keluar tanpa pandang belakang. Ingat lagi, selesai satu meeting yang aku fikir 3 hari lepas, sebaik sahaja menuju kembali ke meja, aku pandang tepat ke arah laptop dan otak berbisik, "just leave this shitty place. Tak perlu fikir banyak kali." 

Begini.
Sebagai seorang ketua/boss kau tak boleh tunding jari kesalahan pada pekerja bawahan macam itu saja. Tambahan kalau salah itu bukan salah diri, tetapi dipersalahkan sebab tiada siapa mahu mengaku salahnya siapa. Kau tak pernah sekali pun mahu berdiskusi bagaimana perkara ini boleh diselesaikan bersama-sama. Note that you treat some staff macam budak kecil yang bodoh dan tak tahu-menahu apa-apa. 

Honestly, I've reached my limit. At first, I thought, it's a great stepping stone, tapi lama-kelamaan makin melampau pula. Berbalik pada perbualan lewat semalam, ada betulnya juga, aku tiada sebarang komitmen besar yang mana perlu dilunaskan setiap bulan. Cumanya rumah sewa, bill telefon, PTPTN dan banyak lagi. Siapa kata aku tak ada komitmen?