Sunday, October 2, 2022

94 days

In less than 94 days genap lah usia dan tiada lagi pangkal nombor "2" di awalan umur. Bila tengok kalendar October, November, December... terasa jauh lagi. Tapi bila dihitung hari, yang tersisa hanya 94 hari - terasa singkat. Amat singkat.

Secara jujurnya i wasn't ready untuk menempuh usia baru. I tak ready secara fizikal dan mental untuk perkara-perkara yang mendatang. I tak tahu apa yang perlu dipersiapkan. 

It might sound funny tapi dulu i hidup berpaksikan "plan". I ikut timeline yg make sense - jalani titik masa yang i rasa i akan dan bakal lalu. Kalau dahulu, i letak titik tamat hidup sampai SPM. I tahu i akan lalui SPM dan habis di situ. Kemudian i sedar "oh hidup tak tamat di sini. I need to plan more." Hence, i rangka timeline untuk tamatkan belajar di universiti pula. Bila dah habis belajar, kehidupan masih berjalan dan ianya menjadi semakin rumit. Bila ada yang bertanya, "kau nak apply kerja apa?" 

I thought my life dah tamat sampai situ je. 

Well, nampaknya i salah. Dia masih berikan i peluang untuk rasa nikmat kehidupan. For 7 years, begitu lah template kehidupan i - menjadi corporate slave. Dia seakan berada dalam fasa di antara "you're comfortable in your small bubble" dan "I'm tired of doing the same things over and over again". Lagi sekali kau bertanyakan

"Bila ianya nak habis?"

Plan kehidupan i dah habis. I dah buntu untuk rancang apa lagi because starting a family has never been in my dictionary. Okay maybe i need to step up the game. Maybe it's time untuk beri orang ruang dan peluang.. 

Even though I yang decide untuk buat langkah berani ini, tapi jauh disudut hati i masih berkira-kira. Bila agaknya masa i akan tamat? Sempat kah untuk merasa "my mega plan?" 

Sebab itu, bila orang tanya soalan peribadi dan serious, i akan jawab "kehidupan i bermula bila i umur 30 nanti" sebab i rasa masa yang tinggal sampai situ sahaja. Mungkin sudah terlampau lama jasad ini diberi pinjam. Tidak pula dijaga, malah disakiti. Pulangkan lah kembali pada Si Pemilik.

Jujurnya, i tak ada idea apa yang perlu i persiapkan untuk menempuh usia baru ini. Perlukah terbit rasa gementar dan curiga? Atau dibiarkan saja rasa tenang menghampiri diri? Sebagai seorang manusia yang selama ini hidupnya berpaksi pada "plan" dan merasa hidupnya bakal tamat pada masa sekian-sekian, ianya sedikit mendebarkan. 

Satu penantian panjang yang kita tidak tahu waktu penamatnya. Serah saja pada Tuhan. Kita merancang, Dia yang tentukan. Jika i sudah rancang sebaik mungkin, dan waktu yang tersisa tidak sampai pada titik masa itu - redha.

Kita perlu ikhlas menerima segala ketentuan-Nya